Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Perdana Menteri berkata beliau pasti rakyat tertunggu-tunggu nikmat yang akan mereka peroleh daripada kerajaan pilihan mereka.
Katanya kejayaan empat parti pembangkang ketika itu menukar kerajaan memerintah selama 61 tahun merupakan kejayaan rakyat.
"Saya percaya kita akan dapat menunaikan semua janji kita, antaranya menyelamatkan negara," katanya dalam ucapan pada majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau, di sini, pada Jumaat yang turut dihadiri Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.
Hadir sama isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Wathya Moorthy serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.
Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim, Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan barisan Exco kerajaan Negeri Sembilan serta kira-kira 7,000 hadirin daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pada PRU14, 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan persekutuan selepas menewaskan Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, Dr Mahathir dan Siti Hasmah yang tiba 8.30 malam di Rembau mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Viviekananda, di sini.
Ini merupakan kunjungan kedua Dr Mahathir ke Negeri Sembilan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei lalu. Kali pertama beliau ke negeri ini ialah pada 8 Okt lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018
MAHATHIR: Saya percaya kita akan dapat menunaikan semua janji kita, antaranya menyelamatkan negara. - Gambar fail
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?
Antara yang dipersoal adalah tentang sama ada anggaran untuk menyediakan peruntukan bagi menunaikan janji-janji setiap calon itu mencukupi.
Nenek 65 tahun janji beri bangunan pada pemuda 20-an jika bercinta
Menurut lelaki tersebut dia telah menjalin cinta dengan warga emas yang tua lebih 40 tahun daripadanya.
PRN Sabah: Warisan janji tapi tak tunai - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dalam normal politik baharu, rakyat perlu diberi tawaran yang mampu membela nasib mereka.
Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL
Atalanta akan berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan suku akhir di Lisbon awal pagi esok.
Shafie Apdal perlu ambil kira percaturan politik semasa - penganalisis
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bukan sahaja perlu meneliti pencalonannya sebagai Perdana Menteri kesembilan tetapi perlu menyedari objektif percaturan politik semasa.
Warisan yakin janji Tun M kembalikan hak Sabah
Kerajaan Sabah yang ditadbir parti Warisan yakin dengan janji Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembalikan hak-hak negeri itu termasuk tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Saya tak pernah mungkir janji" - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau akan menunaikan janji yang dibuatnya seperti mana yang dilakukkannya sebelum ini.
'Jemaah menteri dalam kalangan individu berintegriti, bebas rasuah' - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
'Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad
Ada yang menganggap kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak membantu ketika keadaan masih tidak menentu ini.