Kerajaan disaran untuk menghapuskan caj pengangkutan awam pada waktu puncak susulan kenaikan kos sara hidup yang disifat membebankan rakyat pada ketika ini.
Cadangan itu disuarakan perwakilan Selangor, Profesor Madya Dr Haim Hilman Abdullah yang melihat cadangan itu mampu mengurangkan beban mereka yang tinggal di bandar raya.
"Saya menyeru dan mengharapkan agar dapat dipertimbangkan untuk kita memberi pengangkutan awam percuma kepada rakyat pada waktu puncak... dari pukul 6 pagi hingga pukul 9 pagi dan pukul 5 petang hingga 8 malam," cadang Haim Hilman yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.
Beliau pada masa sama memberi contoh kos perjalanan seorang individu yang menetap di Ampang, Selangor dan bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur.
"Pengangkutan adalah isu rakyat. Kosnya yang meningkat memberi tekanan yang cukup hebat kepada rakyat. Jadi dengan itu kita rasa apa yang rakyat rasa.
"Seseorang itu membelanjakan kira-kira RM20 sehari dan jika dia bekerja 20 hari sebulan dia membelanjakan sekitar RM400 sebulan," kata Haim Hilman.
Dalam membahaskan usul ekonomi itu, beliau turut menegur syarikat penyedia pengangkutan awam untuk tidak membebankan rakyat pada masa sama menjana keuntungan berbilion ringgit.
"Syarikat-syarikat pembangunan prasarana jangan fikir untuk menjana keuntungan berbillion ringgit, ini (Malaysia) bukan tempatnya.
"Jika kamu seorang usahawan yang sebenar, kamu patut melakukannya (menjana pendapatan) di luar negara, bukan di sini," tegas beliau.
Dalam sesi perbahasan usul ekonomi, isu kos sara hidup terus menjadi tumpuan perwakilan.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Dec 11 2015
Profesor Madya Dr Haim Hilman Abdullah turut menegur syarikat penyedia pengangkutan awam untuk tidak membebankan rakyat pada masa sama menjana keuntungan berbilion ringgit. - Gambar hiasan
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Kerajaan disaran hapuskan caj pengangkutan awam pada waktu puncak
Kerajaan disaran untuk menghapuskan caj pengangkutan awam pada waktu puncak susulan kenaikan kos sara hidup yang disifat membebankan rakyat pada ketika ini.