Kerajaan disaran menurunkan harga barang terlebih dahulu sebelum menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup, kata Senator Dr Muhammad Nur Manuty.
"Harga barang mesti diturunkan terlebih dahulu supaya mereka (rakyat) tidak sengsara kerana pendapatan yang sedikit dan mengalami kemiskinan yang berterusan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Anggota Dewan Negara itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.
Muhammad Nur berkata dalam masa yang sama kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan terutamanya dalam kalangan penerima bantuan tersebut.
Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata beliau bersetuju dengan pendapat Perdana Menteri bahawa tidak selamanya rakyat perlu diberikan bantuan atau diistilahkan sebagai 'tongkat'.
Katanya jika negara ingin mencapai status negara maju, kemiskinan harus dikurangkan namun rakyat tidak sepatutnya hanya berharap kepada bantuan kerajaan semata-mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
MUHAMMAD NUR: Harga barang mesti diturunkan terlebih dahulu supaya mereka (rakyat) tidak sengsara.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN
Langkah ini memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.
Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly
Kementerian Pertahanan memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Projek DJM, inisiatif bantu komuniti nelayan mendepani musim tengkujuh
Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Laut Sarawak memberi nafas kepada komuniti nelayan.
Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican
Kementerian Kewangan akan menyerap data daripada agensi-agensi berkaitan yang mengendalikan golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan mereka yang memerlukan.
COVID-19: Lebih 2 juta rakyat Sabah terima bantuan kerajaan
Lebih 2 juta rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan setakat ini.
4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini
Seramai 4.3 juta orang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di seluruh negara yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.738 bilion pada 2020.
Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.