Tutup

Kerajaan harus beri penyelesaian bukan leteran - Anwar

Kerajaan harus beri penyelesaian bukan leteran - Anwar
ANWAR: Kita dalam kerajaan harus berikan penyelesaian, jangan buat leteran. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemimpin kerajaan Pakatan Harapan perlu lebih banyak turun ke lapangan bagi mendalami masalah rakyat termasuk golongan petani bagi memastikan perkara dibincangkan di peringkat kerajaan selari dengan permasalahan yang dihadapi mereka, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita dalam kerajaan harus berikan penyelesaian, jangan buat leteran. Orang letih dengar leteran. Kita kena kemukakan alternatif, kalau dah beri peluang dan ruang, tapi masih tak berhasil, barulah kita menegur dan kritik," katanya ketika berucap pada program Jalinan Mesra Peladang 2019 di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya sektor pertanian dan penternakan perlu dibangunkan selari dengan usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara supaya golongan petani tidak terpinggir.

Beliau berkata dalam membangunkan sektor berkenaan, keperluan dan masalah dihadapi golongan petani perlu dikenal pasti untuk diambil tindakan, sekali gus membolehkan sektor itu berkembang maju.
Turut hadir pada program itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Abdul Hamid Bahari.

Anwar berkata perkembangan teknologi pada masa ini mampu membantu perkembangan sektor pertanian dan penternakan berkembang lebih pesat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata Nafas dan NEKMAT harus berperanan menjadi rantaian hubungan antara kerajaan dan petani dalam memacu sektor berkenaan.



-- BERNAMA


Tag: Pakatan Harapan, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan, turun ke lapangan, masalah rakyat, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, leteran



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.