Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan enam insentif khas untuk ketua kampung bagi membela kebajikan golongan berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata insentif itu termasuk menaikkan jumlah ganjaran bagi ketua kampung yang telah bersara, tamat perkhidmatan ataupun meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan.
"Kita bersetuju bahawa jumlah ganjaran dinaikkan 100 peratus iaitu daripada RM25 kepada RM50 dan dikalikan dengan genap bulan perkhidmatan, dan bayaran minimum bagi insentif ini juga dinaikkan sebanyak 100 peratus iaitu daripada RM500 kepada RM1,000 sepanjang tempoh perkhidmatan.
"Kerajaan negeri juga akan mengekalkan bayaran elaun tambahan sebanyak RM200 sebulan kepada ketua kampung yang telah menerima bayaran berkenaan sejak 2005," katanya ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 700 ketua kampung negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA) di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan membayar tunggakan ganjaran perkhidmatan ketua kampung yang telah diberhentikan mulai 1 Januari 2015 susulan kenaikan jumlah ganjaran itu.
Katanya insentif lain adalah meneruskan pemberian bantuan khas Hari Raya kepada semua ketua kampung yang berjumlah RM300; menambah kuota haji ketua kampung daripada lapan orang kepada 10 orang bermula tahun ini serta melanjutkan had maksimum umur perkhidmatan ketua kampung daripada 65 kepada 70 tahun.
"Keenam-enam insentif ini akan memberi manfaat secara langsung kepada semua ketua kampung di seluruh Johor. Ini kerana ketua kampung adalah struktur penting kepada pentadbiran kerajaan negeri dan tidak boleh bergerak menuju dekad baharu kalau sistem imbuhan masih di tahap dekad lama," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled meminta kerjasama ketua kampung agar memberi penjelasan dan pemahaman kepada masyarakat tentang usaha kerajaan membantu rakyat yang sering diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab gara-gara pilihan raya umum semakin hampir.
"Semua kejayaan dan pencapaian negeri ini bukan sahaja usaha dan kerja keras kerajaan negeri tetapi usaha dan kerja keras tuan-tuan semua. Kita mesti bersepakat dan muafakat untuk memaklumkan kepada masyarakat segala cerita dan fakta yang betul," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
KHALED: Kerajaan negeri juga akan membayar tunggakan ganjaran perkhidmatan ketua kampung yang telah diberhentikan mulai 1 Januari 2015 susulan kenaikan jumlah ganjaran itu.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat cari jalan tangani ketidakhadiran Ahli Parlimen
Ia termasuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka terus tidak hadir ketika sesi sidang Parlimen.
188 hafiz, hafizah cemerlang di Melaka akan terima elaun keseluruhan RM402,600 setahun
Pemberian elaun itu antara program bermanfaat yang dilaksanakan MAIM menerusi baki RM1.2 juta hasil kutipan fidyah pada tahun lepas.
Elaun pelajar tajaan JPA dalam negara ditambah RM100 sebulan - PM Anwar
Keputusan itu mengambil kira kos sara hidup yang tinggi, sekali gus membebankan golongan mahasiswa.
Laporan dakwaan pelajar pelatih tidak dibayar elaun sedang diteliti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedang menunggu laporan berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.
Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja
Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari.
Kerajaan pertimbang selaras elaun JPKK, JPKKP - Zahid
Elaun berkenaan berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.
Kabinet bayangan tak perlu gaji khas, cukup dengan elaun jadi wakil rakyat - Penganalisis politik
Dibayar atau tidak, pembangkang tetap berperanan jadi penyemak imbang kerajaan.
Bajet 2023: PBPM harap semua penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara diberi elaun RM500
Elaun RM300 sebulan juga harap dapat diberikan kepada isteri atau suami yang menjaga dan mengurus pesara polis yang uzur.
PM umum kenaikan elaun pelajar tajaan Petronas
Kenaikan itu melibatkan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia.
Kajian dalaman berhubung elaun penerima Pingat Jasa Malaysia selesai - Hishammuddin
Pihaknya kini menanti untuk perkara itu mendapat pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan.