Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menambah bilangan pelajar kaum India di kolej matrikulasi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata, ia kerana kemasukan pelajar kaum itu di IPTA negara ini belum mencapai sasaran tujuh peratus ketika ini.
"Kerajaan sedang mengkaji tambah bidang atau tempat matrikulasi supaya bilangan kaum India ditambah. Kita berharap melalui pelbagai intervensi khas, kita boleh mencapai sasaran ini.
"Sebagai sebuah kerajaan yang bersifat inklusif, kita sentiasa memastikan tiada siapa harus tercicir dalam arus pembangunan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Yayasan MyNadi di sini, hari ini.
Yayasan MyNadi merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup kaum India di negara ini.
Turut hadir Pengerusi Yayasan MyNadi, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, 100,000 isi rumah masyarakat India kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) akan berpeluang menyertai skim pelaburan khusus dalam Amanah Saham 1Malaysia (A1SM) yang dilancarkan pada 7 April ini.
"Pengumuman lanjut akan dibuat pada tarikh tersebut. Setakat ini, 411.14 juta unit saham telah dilanggan masyarakat India melalui pengagihan khas 1.5 bilion unit tambahan A1SM untuk masyarakat kaum India yang telah dibuka pada 29 Januari iaitu tiga bulan lalu.
"Ini merupakan satu pencapaian yang sangat menggalakkan. Jadi, percayalah saya ingin setiap rakyat Malaysia termasuk kaum India merasakan ada harapan untuk semua dalam negara kita," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 700 peserta yang hadir pada majlis itu.
Najib berkata, kerajaan sentiasa memupuk semangat 'nambikei' sesama masyarakat untuk bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
"Di bawah kepimpinan sekarang, kami akan terus membantu masyarakat India untuk berada di tempat yang sewajarnya di negara ini. Itulah harapan saya,” katanya.
Sebagai sebuah kerajaan yang menekankan dasar bersifat inklusif, Najib berkata, dalam apa jua sistem yang ada di dunia, mesti ada individu dan kelompok dalam masyarakat yang terpinggir atas sebab tertentu.
"Sebagai sebuah kerajaan, kita akan terus melihat keperluan semua golongan. Untuk masyarakat India, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) pada 23 April tahun lalu dan terdapat kemajuan serta banyak perkara telah dicapai. Tetapi, kita akan terus melaksanakan lebih banyak program.
"Saya percaya kita perlu tangani cabaran dan masalah kaum India daripada sumber iaitu melalui pendidikan yang menekankan aspek mobiliti sosial dan memastikan mereka mempunyai nilai betul dan teras dalam kehidupan, dan yang kedua, ialah memastikan nilai kekeluargaan dan 'closer knit community' untuk terus maju," katanya.
Najib berkata, sekiranya kedua-dua aspek penting itu dapat diperkukuhkan, maka masyarakat India boleh mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi mereka.
"Usaha ke arah menyediakan pendidikan yang betul, pendidikan berkualiti, akses kepada pendidikan tinggi dan latihan vokasional untuk memastikan setiap individu dapat merealisasikan potensi maksimumnya adalah perkara yang saya ingin lihat di negara ini.
"Kedua, kami memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat setempat, kerana jika anda adalah masyarakat tidak teratur yang tidak menyokong satu sama lain, maka sukar untuk membawa perubahan dalam hidup. Anda perlu bersatu dan berusaha bersama-sama, dan nilai sosial serta keluarga juga penting," katanya.
Mengenai Yayasan MyNadi, Najib berkata, Yayasan MyNadi yang merupakan rakan kongsi kerajaan telah melakukan kerja kebajikan dalam pelbagai bidang, dan kerajaan menjadi pihak yang memberikan dana serta sumbangan kewangan kepada NGO itu sejak 2010.
Katanya, NGO itu telah melakukan kerja-kerja amal kebajikan yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat India dengan baik dan menerima penghargaan daripada pelbagai pihak.
“Dalam usaha kami untuk memastikan pembangunan akan menyentuh kehidupan setiap individu dan pembangunan itu pula merangkumi semua, kami memerlukan bukan hanya kerajaan dan parti politik, tetapi juga kekuatan pasukan ketiga iaitu NGO, yang boleh bekerjasama dalam perkongsian dengan kerajaan," katanya.
"Kerana sumbangan kerajaan, Yayasan MyNadi telah menjalankan kerja kebajikan begitu baik sekali. Maka, ramai yang telah mendapat manfaat daripada kerja-kerja amal yang telah dilakukan oleh MyNadi,” katanya.
Najib berkata, beliau juga tertarik dengan cara amal kerja yang diamalkan oleh Jeyaindran yang sentiasa menitik berat 'nilai untuk wang' dalam melaksanakan projek, antaranya membina krematorium dan makmal sains di sekolah, masing-masing bernilai RM40,000.
- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis perjumpaan bersama penerima bantuan Yayasan myNADI di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
Kerajaan kaji langkah tambah bilangan pelajar kaum India di Matrikulasi, IPTA
Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menambah bilangan pelajar kaum India di kolej matrikulasi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).