KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengumumkan pelancaran portal Makmur Bersama yang bakal menjadi platform rakyat memberikan input serta cadangan berkenaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.

Dalam majlis sama beliau juga akan turut berkongsi kejayaan berhubung inisiatif tersebut serta wawasan beliau yang berterusan bagi WKB2030.

Setakat ini, lebih 400 rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat hadir ke Balai Rakyat WKB2030 anjuran Institut Masa Depan Malaysia (MASA) .

Institut MASA akan menjadi pemikir bagi membantu kerajaan dalam memperhalusi serta menambah baik WKB2030.

Balai Rakyat WKB2030 merupakan salah satu mekanisme bagi berkongsi maklumat terkini serta maklum balas rakyat Malaysia bertujuan mewujudkan dan melaksanakan dasar yang lebih berkesan .

WKB2030 dialncarkan pada tahun 2019 yang juga merupakan iltizam kerajaan bagi tempoh 10 tahun untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara mampan dari sudut ekonomi.

Matlamat utama bagi WKB2030 adalah untuk menyediakan taraf hidup yang adil dan realistik kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang 2030.