Kerajaan sentiasa komited dan berusaha untuk memperkasa kaum wanita agar golongan itu berjaya membina keluarga dan karier, kata Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri berkata kaum wanita merupakan antara penyumbang utama dan kunci kekuatan sosioekonomi negara.
"Terdapat banyak bantuan yang kerajaan sediakan untuk golongan ibu tunggal seperti Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan dan Skim Bantuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
"Segala inisiatif ini diperkenalkan untuk meningkatkan kuasa beli kaum wanita," kata Najib menerusi catatan di laman blog rasmi beliau bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018, di sini.
Najib berkata kerajaan turut menggalakkan kaum wanita menceburi bidang keusahawanan melalui program seperti BizWanita-i, Inkubator Keusahawanan Wanita, DanaNITA dan Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal.
"Bukan itu sahaja, kerajaan juga turut membantu wanita bumiputera agar dapat berjaya dalam bidang keusahawanan seperti Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Skim Pembiayaan Program TemanNita," kata Najib.
Bagi wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan pertanian, Program Pembangunan Usahawan Siswazah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah disediakan untuk mereka.
Selain itu, kerajaan juga membantu kaum wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah lama berhenti melalui 'Program Women Career Comeback' kerana kita sedar kepentingan wanita dalam industri-industri ekonomi.
"Kerajaan berhasrat agar kaum wanita dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan terus berjaya dalam karier mereka, terutama bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 ini," kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 23 2018
Kerajaan turut menggalakkan kaum wanita menceburi bidang keusahawanan melalui program yang disediakan. - Foto najibrazak.com
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Mungkin pegawai polis senior lindungi kegiatan haram
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MoF serah urusan saman Berjaya-Naza kepada AGC untuk diteliti
Kementerian Kewangan (MoF) menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung saman yang difailkan syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.
Vincent Tan mahu dermakan sebahagian harta untuk tujuan amal
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan akan mendermakan separuh hartanya untuk tujuan amal apabila beliau meninggal dunia kelak.
Hanya dengan tiru orang, Aizzul berjaya raih pendapatan lima angka
Baginya, untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah tiru setiap tindakan orang yang berjaya dan bukan hanya mendengar kata-kata mereka.
BCorp dapat kontrak bangunkan hotel mewah di Jepun
BCorp menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.
Vincent Tan nafi labur AS$250 juta dalam projek "The Formula"
Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menafikan yang beliau telah melabur AS$250 juta dalam projek yang dikenali sebagai "The Formula".