Tutup

Kerajaan komited tarik pelaburan berteknologi tinggi - Gobind

Kerajaan komited tarik pelaburan berteknologi tinggi -  Gobind
Gobind Singh Deo berkata kerajaan juga komited untuk mengambil langkah yang perlu bagi memudahkan dan menggerakkan agenda digital. - Bernama
CYBERJAYA: Malaysia kekal komited kepada pembuatan dan pengindustrian berteknologi tinggi dengan mengenal pasti rakan kongsi strategik yang akan membantu menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan bagi pemain industri teknologi tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata kerajaan juga komited untuk mengambil langkah yang perlu bagi memudahkan dan menggerakkan agenda digital.
Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab untuk mengembangkan dan memupuk industri teknologi perlu digalas oleh semua pihak yang berkaitan dengan saling bekerjasama untuk mewujudkan satu ekosistem yang dinamik serta mampan, dan bukan hanya dipikul oleh satu kementerian sahaja.

Menyebut Dell Digital Labs sebagai contoh, Gobind berkata membangunkan makmal digital seumpama itu di negara ini boleh membantu mengembangkan penguasaaan teknologi digital di Malaysia serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.
Menurutnya, ketika ini penggunaan digital dalam perniagaan di negara ini masih ketinggalan di belakang standard antarabangsa.

"Perniagaan, terutamanya PKS, menyatakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak menyertai penggunaan digital, termasuk kurang pengalaman atau pengetahuan, takut dengan teknologi, kekurangan tenaga kerja dan kekangan bajet," katanya sambil menambah pemikiran seumama ini perlu diubah dengan segera untuk mengelak daripada tercicir di belakang.

-- BERNAMA


Tag: Gobind Singh Deo, pelaburan, bajet, kerajaan, agenda, PKS, teknologi, digital



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.