Kerajaan hari ini melancarkan Dana Pengangkutan Awam berjumlah RM500 juta dan menawarkan kadar subsidi dua peratus kepada pemohon yang layak mendapatkan dana itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, Dana Pengangkutan Awam itu, yang diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia, bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan menambah baik lagi prasarana.
"Menerusi dana ini, kita berharap untuk meningkatkan bilangan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam dengan membiayai penambahbaikan sistem," katanya selepas melancarkan dana tersebut di sini, hari ini.
Lim berkata, pembiayaan itu boleh digunakan untuk membeli kenderaan seperti teksi, bas atau kenderaan pengangkutan awam lain, dan boleh digunakan oleh pengendali, pembekal, pengilang dan pemasang kenderaan pengangkutan awam dan kontraktor, serta pemaju prasarana.
Menurutnya, meskipun pelaburan yang besar dalam perkhidmatan kereta api dan bas, peratusan orang yang menggunakan pengangkutan awam masih rendah dan beliau mengakui masih ada ruang untuk menambah baik sistem pengangkutan awam.
"Berbanding peratusan orang menggunakan pengangkutan awam bagi Kuala Lumpur dengan pasaran pengangkutan awam paling maju, ia hanya berjumlah kira-kira 20 peratus berbanding Jakarta (36 peratus), Bangkok (30 peratus) dan Singapura (67 peratus)," katanya.
Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan berkata subsidi itu yang akan menumpukan kepada cadangan berkaitan perkhidmatan terkini akan diagihkan secepat mungkin.
"Kami melihat kepada pelbagai kemungkinan dan penyedia perkhidmatan e-hailing tidak terkecuali dan saya percaya dana itu akan dapat diagihkan segera kerana jumlahnya tidak besar.
"Dan apa yang paling penting, era kami menyediakan pinjaman yang besar kepada sesebuah syarikat telah berakhir, kini kami mahu lebih terangkum.
"Subsidi dua peratus itu akan berdasarkan kepada kadar pembiayaan yang diberikan kepada pemohon bagi kes demi kes bergantung kepada prestasi kredit syarikat," katanya.
Zaiton juga berharap dana itu akan dapat menggalakkan perniagaan di Malaysia, terutamanya pengendali pengangkutan awam, bagi meningkatkan prasarana sedia ada, dengan pembekal, pengeluar dan kontraktor prasarana pengangkutan awam memohonnya.
Menurut laporan Bank Dunia 2015, kos pengangkutan adalah 50 peratus lebih tinggi di Kuala Lumpur berbanding Hong Kong dan Tokyo.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2019
Menerusi dana tersebut, kerajaan berharap untuk meningkatkan bilangan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam dengan membiayai penambahbaikan sistem. - Gambar hiasan
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Kerajaan lancar Dana Pengangkutan Awam RM500 juta
Dana Pengangkutan Awam itu, yang diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia, bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan menambah baik lagi prasarana.