Susulan ribut yang melanda Uptown Bandar Perda pada Selasa, kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa kejadian, khususnya khemah untuk peniaga yang terjejas.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, pihaknya akan meneliti tahap kerosakan dan jumlah kerugian yang dialami sebelum menyalurkan bantuan.
Justeru, beliau menasihatkan agar semua mangsa yang terjejas untuk mendaftar dengan pihak pengurusan Uptown itu bagi memudahkan penyerahan bantuan.
"Kita dah minta pengurus Uptown ini, untuk iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rawa, untuk mendapatkan senarai nama-nama peniaga yang terjejas akibat ribut.
"Dan kerajaan negeri InsyaAllah akan bagi bantuan segera, khemah, dan kita akan semak lagi apa kerugian yang mereka alami," katanya selepas mengadakan tinjauan dan bertemu peniaga di Uptown itu malam tadi.
Beliau turut disertai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah turut memberi komitmen pihaknya akan membantu menyelesaikan masalah peniaga, terutamanya mereka yang tidak dapat meneruskan perniagaan akibat peralatan dan barang perniagaan musnah keseluruhannya.
"Kita tahu ada 205 semuanya tapak peniaga yang ada di Uptown ini. Kita harus kenal pasti dahulu. Kebanyakan mereka harus terus berniaga.
"Malam ini kita lihat mereka cari pengganti sendiri, akibat khemah yang hancur susulan angin taufan dan hujan lebat semalam," katanya yang menyifatkan kejadian banjir yang berlaku di Seberang Perai itu luarbiasa dan mengejutkan.
BACA: 98 rumah di daerah Seberang Perai Tengah dinaiki air
BACA: Hujan lebat, ribut petir berlanjutan dua hari lagi - MetMalaysia
BACA: Banjir di Kulim, dua beranak mati lemas
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI mendapati operasi perniagaan di Uptown Bandar Perda berjalan seperti biasa malam tadi apabila peniaga mengambil inisiatif membaikpulih sendiri peralatan yang rosak.
Ada peniaga yang terpaksa membeli peralatan baru, termasuk penjual topi dan aksesori, Mohd Safuan Zainuddin, yang mengakui beberapa rakannya tidak dapat meneruskan perniagaan kerana barangan mereka musnah sepenuhnya.
"Kerosakan barang, kebanyakannya khemah. Habis semua barang basah, tak boleh buat apa. Yang kena buang pun ada. Ada juga yang buat keputusan jual pada harga murah, asalkan dapat pulangan modal," katanya.
Peniaga tudung, Norizan Desa, mengatakan ketika kejadian semalam, dia tidak sempat menyelamatkan barangannya apabila bumbung khemah yang berat menampung air tiba-tiba pecah dan roboh.
"Tudung rosak. Ada yang nak kena jual murah. Masih ada satu beg belum dibuka. Saya pun tak tau. Mungkin akan rosak dan jadi bertahi lalat. Memang kena buang," katanya.
Dalam kejadian awal pagi Selasa, lebih 70 peniaga terjejas teruk apabila hujan lebat disusuli ribut petir berlaku di Seberang Perai, menerbangkan sebahagian khemah di pusat perniagaan itu, sekali gus menyebabkan barangan perniagaan rosak.
Siti Norbaya Abidin
Wed May 30 2018
Abdul Halim meninjau keadaan peniaga di Uptown Bandar Perda malam tadi susulan ribut yang melanda pada awal pagi semalam. Astro AWANI
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Peniaga jual barangan terkawal di bawah harga maksimum
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang mendapati peniaga-peniaga di negeri ini menjual barangan terkawal di bawah harga yang ditetapkan sempena musim perayaan.
Kerajaan negeri beri bantuan peniaga Uptown terjejas akibat ribut
Datuk Abdul Halim Hussain berkata, pihaknya akan meneliti tahap kerosakan dan jumlah kerugian yang dialami sebelum menyalurkan bantuan.