Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri Melaka akan memastikan negeri itu terus kekal popular menjadi lokasi pelancongan utama dunia.

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, disasarkan seramai 15 juta pelancong datang ke Melaka selepas berjaya merekodkan kedatangan 13.5 juta tahun lalu.

Tambah beliau, warga Melaka perlu mengorak langkah selari bersama usaha kerajaan dengan menyambut setiap pelancong ke negeri itu sebagai tetamu.


Katanya, kemajuan pelancongan yang dinikmati kini bukan berlaku sekelip mata tetapi adalah hasil daripada penyusunan strategi dan perancangan terperinci.

“Syukur Melaka menjadi tumpuan kepada pelancong-pelancong dunia dan menjadi negeri kita sebagai destinasi pelancongan pilihan utama semenanjung Malaysia. Ia berlaku bukan secara tiba-tiba tetapi secara strategi dan perancangan terperinci sehingga jadi kebanggaan hari ini. Masalah-masalah ada tetapi tetapi kami tidak anggap ia sebagai halangan kemajuan kita,” kata Idris.