KUALA LUMPUR:Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata masih terdapat lompang yang perlu diperbaiki dalam sistem itu dan yakin ia berjaya diatasi segera.
"Kalau masa PKP fasa pertama yang dilaksanakan kerajaan pada Mac 2020, masa itu musim cuti sekolah, ramai ibu bapa berada di kampung dan kita perlu uruskan supaya mereka dapat kembali semula ke stesen kerja masing-masing.
"Tetapi dalam keadaan sekarang ini, PKP terbaharu yang diumumkan pada 11 Jan lepas bukan pada musim cuti sekolah. Bagaimanapun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk lari ke kampung, jadi kita minta semua ketua jabatan untuk buat pemeriksaan rambang," katanya dalam program Bicara Naratif: Norma Baharu Perkhidmatan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Mohd Khairul Adib berkata bagi memastikan penjawat awam berada di kediaman masing-masing dan boleh segera hadir bertugas apabila diminta ketua jabatan, beberapa kaedah seperti menunjukkan lokasi keberadaan mereka dan membuat panggilan video turut digunakan.
Beliau berkata meskipun penjawat awam dibenarkan bekerja dari rumah (BDR), ketua jabatan pada bila-bila masa boleh mengarahkan mereka hadir bertugas di pejabat.
"BDR ini merupakan perubahan baharu dalam persekitaran cara bekerja sektor awam. Petugas boleh BDR apabila mendapat arahan daripada kerajaan atau mendapat arahan atau kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
Mohd Khairul Adib berkata meskipun penjawat awam dibenarkan bekerja dari rumah (BDR), ketua jabatan pada bila-bila masa boleh mengarahkan mereka hadir bertugas di pejabat. - BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Polis berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelantan, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan umum pemberian bantuan Aidilfitri
Beberapa lagi negeri hari ini mengikuti langkah kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam negeri masing-masing.
Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.