Sidang Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi bayaran sumbangan khas kepada Kedah pada kadar RM10 juta setahun mulai tahun ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata keputusan itu diambil susulan daripada hasrat disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan Majlis Kewangan Negara untuk 2018 pada 7 Jun lepas, supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pemberian khas bernilai RM10,000 setahun sebagai nilai pajakan tanah Pulau Pinang.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PH-Jerlun) sama ada Kerajaan Persekutuan bersetuju mengkaji nilai pajakan tanah Pulau Pinang yang dilihat sudah tidak bersesuaian dengan nilai hartanah semasa, atau Kerajaan Persekutuan mahu memberikan pampasan kepada Kerajaan Kedah.
Katanya kadar sumbangan tersebut akan disemak semula setiap 10 tahun sekali atau dalam jangka masa yang difikirkan sesuai.
Lim berkata pada masa sama, bayaran khas RM10,000 setiap tahun kepada Kerajaan Negeri Kedah akan tetap diteruskan.
"Perlu dinyatakan bayaran ini telah termaktub dalam Perkara 167 (7) Perlembagaan Persekutuan iaitu Persekutuan hendaklah membuat pembayaran tahunan yang sama sebagaimana yang kena dibuat sebelum Hari Merdeka di bawah Perkara II Triti yang dibuat pada 6 Mei 1869 antara Baginda Ratu pada satu pihak dengan Raja Siam pada satu pihak yang satu lagi berkenaan dengan Negeri Kedah," katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Mukhriz mengenai tumpuan kepada pembangunan industri di Kedah, Lim berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian ke atas permintaan itu memandangkan Kedah amat penting dalam menyumbang kepada jaminan bekalan makanan negara, khususnya beras.
"Sebab itulah penekanan sentiasa diberi terhadap pembangunan di Kedah. Lebih-lebih lagi apabila kita ada negeri yang sehala dan seiring dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 08 2018
Lim berkata, bayaran khas RM10,000 setiap tahun kepada Kerajaan Negeri Kedah akan tetap diteruskan. - Gambar fail
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Melaka umum bayaran khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka mengumumkan bayaran khas sebanyak RM300 kepada penjawat awam negeri dan akan dibayar sebelum 10 Ogos ini.
Belanjawan 2021: Penjawat awam terima bantuan khas RM600, pesara RM300
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.
Penjawat awam terima bayaran khas RM500 esok
Bayaran khas ini bagi meringankan beban penjawat awam dalam menyediakan persiapan persekolahan anak
Bayaran khas penjawat awam 2018 dibayar 18 Disember
RM500 untuk penjawat awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksanaan serta RM250 untuk pesara kerajaan.
Bonus penjawat awam Selangor akan ikut KPI - Amirudin
Pembayaran bonus untuk penjawat awam di Selangor pada tahun hadapan akan mengikut sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.
Kerajaan Sabah umum Pembayaran Khas RM500
Kerajaan negeri Sabah akan memberi Pembayaran Khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri itu yang akan dibuat serentak dengan pembayaran gaji bulan Disember, tahun ini.
Perlis harap kerajaan pusat teruskan projek CVIA - MB
Projek CVIA yang akan menjadi pemangkin ekonomi Perlis dalam tempoh 10 tahun, di samping menawarkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan, perlu diteruskan kerana sumber negeri terhad.
Belanjawan 2019: PDRM sambut baik peruntukan untuk 130,000 warga kerja
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sambut baik peruntukan yang dibentangkan menerusi Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Jumaat.
Kerajaan Persekutuan setuju beri sumbangan khas RM10 juta setahun kepada Kedah
Keputusan itu diambil susulan daripada hasrat disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan Majlis Kewangan Negara untuk 2018 pada 7 Jun.
Bantuan khas Aidilfitri perlu kelulusan Parlimen Julai ini
Sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman Bayaran Khas Aidilfitri tidak disediakan dalam Bajet 2018.