Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara dengan semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Sarawak sebuah negeri yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber yang potensinya boleh dimanfaatkan untuk kebaikan rakyatnya.
"Inilah yang kami (kerajaan PH) mahu untuk Sarawak. Inilah apa yang kami janjikan... kami mahukan perubahan dan keadilan untuk semua," katanya pada majlis makan malam bersama rakyat bersempena lawatan sulungnya di negeri ini sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri, di sini, malam ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, Anggota Parlimen (MP) Julau Larry Sng, MP Miri Dr Michael Teo, MP Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan MP Lubok Antu Jugah Muyang.
Dr Wan Azizah, yang sebelum itu melawat sebuah rumah panjang dan menghadiri taklimat tentang perkembangan tanaman lada hitam di Julau, Sarikei, berkata walaupun Sarawak agak ketinggalan dari segi kemajuan, beliau kagum dengan rakyatnya yang rajin dan mempunyai kawasan tanah subur yang luas untuk diusahakan.
Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan menyediakan infrastruktur perlu dan kemudahan asas termasuk jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.
Katanya kementerian beliau juga akan bekerjasama rapat dengan pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi kelemahan dalam inisiatif E-Kasih bagi penerima yang layak di Sarawak, termasuk menyediakan peruntukan.
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mahu anggota parti yang menang dalam pemilihan parti untuk tidak melupakan mereka yang sama-sama berjuang untuk parti.
"Anda perlu berpegang pada nilai-nilai idealisme, integriti, akauntabiliti, benar dan adil," katanya dan menurutnya beliau mahu melihat parti yang kukuh dan tidak berpecah.
PKR Sarawak ialah negeri terakhir akan mengadakan pemilihan pada 10 Nov.
Timbalan perdana menteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini selepas melakukan lawatan kerja sehari di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) beramah mesra dengan Ketua Kaum Ibu Ungan Lisut (dua, kanan) dan Annie Amat (kanan) sempena Majlis Makan Malam Bersama Rakyat malam ini. - Foto BERNAMA
AWANI Tonight: Is global net zero target in jeopardy?
The Energy Industries Council (EIC) highlights the widening gap between the industry's current reality and the ambitious global net zero targets set by policymakers to be achieved by 2050 as well as what it takes to fulfil the commitment.
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Sistem pendidikan perlu sinonim dengan pembangunan negara - Zambry
Ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan Pakatan Harapan bersih - Guan Eng
Kerajaan PH adalah sebuah kerajaan bersih yang akan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dapat dilihat hasilnya oleh rakyat tanpa berlaku ketirisan, penyelewengan, salah laku dan rasuah.
Kerajaan PH mahu Sarawak setara dengan semenanjung - TPM Wan Azizah
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara dengan semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ambiga: Kematian di dalam lokap masih berlaku, tubuhkan IPCMC sekarang
Kerajaan Malaysia tidak boleh melengah-lengahkan lagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Penutupan KSCIP jejas hubungan Malaysia-Saudi - Asyraf Wajdi
Keputusan yang dibuat secara unilateral tanpa perbincangan dua hala dengan kerajaan Arab Saudi itu dibimbangi boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.
NFDP mahu sokongan kerajaan kepada pembangunan bakat muda diteruskan
Kecemerlangan skuad AMD dalam jelajah Eropah membuktikan kita ada kualiti dan potensi untuk jadi pasukan disegani dunia di masa hadapan.