Kerajaan Sabah di bawah pemerintahan Parti Warisan Sabah dengan kerjasama Pakatan Harapan serta UPKO akan terus berusaha melaksanakan pembangunan negeri ini meskipun banyak tohmahan serta kritikan yang bersifat menjatuhkan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pelbagai kaedah dilakukan pihak tertentu, misalnya baru-baru ini mengaitkan dirinya sebagai pengeluar kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin di negeri ini.
"Walaupun dalam bulan yang baik (Ramadan), mereka memfitnah, saya dilabel sebagai pengeluar kad pengenalan, mana ada saya kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan, kalau saya ada kuasa, sudah beribu kad pengenalan keluar di Semporna.
"Tetapi saya bukan ada kuasa, yang berkuasa Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Pusat bukan Kerajaan Sabah, bukan Ketua Menteri," katanya ketika berucap pada majlis iftar ramadan bersama Ketua Menteri Sabah di sini, pada Jumaat.
Beliau dalam pada itu berharap, masyarakat tidak percaya kepada fitnah berkenaan.
"Kalau itu fitnah jangan pula manusia mendengar, jangan pula manusia percaya bahawa ini (perbuatan), walaupun benar atau tidak, jangan kita mendengar sehingga kita buat penelitian secara mendalam," katanya.
Dalam pada itu, katanya usaha pembangunan di semua daerah di Sabah akan dapat dimajukan dan ditingkatkan berdasarkan perancangan yang dilakukan.
"Apa yang penting, pemerintahan kita lakukan ada perubahan dari sebelumnya (kerajaan lama), kita mampu melaksanakan, cuma ketika ini kita menghadapi kekangan kewangan untuk membawa pembangunan menyeluruh," katanya.
Pada majlis iftar itu seramai 4,000 orang menerima sumbangan daripada Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Yayasan Semporna.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2019
MOHD SHAFIE: Walaupun dalam bulan yang baik, mereka memfitnah, saya dilabel sebagai pengeluar kad pengenalan.
Data & Statistik: prestasi Bursa Malaysia setakat 29 Mac 2024
Di bursa tempatan, Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menasihatkan pelabur untuk kekal berwaspada dengan peluang belian semasa harga rendah.
Sandro Tonali terus terpalit dengan isu pertaruhan
Tonali didakwa telah melanggar peraturan FA E8 sebanyak 50 kali dengan membuat pertaruhan pada perlawanan antara 12 Ogos dan 12 Okt 2023.
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Analisis FBM KLCI: Prestasi dan Jangkaan untuk Suku Kedua 2024
Imran Yassin Md Yusof, Ketua di MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi pasaran saham untuk suku pertama tahun 2024 dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beliau menghuraikan sektor-sektor yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sektor-sektor yang mengalami penurunan pada suku pertama ini. Imran juga memberikan jangkaan dan ramalan MIDF Research mengenai prestasi pasaran saham dan ekonomi untuk suku kedua dan seterusnya.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Israel jangan perasan! - Saifuddin Nasution
Kopitiam Malaya menerusi laman X membangkitkan persoalan sama ada Israel akan jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa.
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Hati-hati penipuan pelaburan, fitnah media sosial - Fahmi
Beliau berkata masyarakat perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ketua Armada Bersatu itu berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
Shamsul Iskandar hantar notis kepada Chegubard, tuntut ganti rugi RM5 juta
Peguam Datuk SN Nair berkata , anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta.
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.
Tiong nafi minum arak, makan daging babi di pejabat
Tiong cabar pihak yang yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging babi di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Nik Nazmi ambil tindakan undang-undang terhadap Che'gu Bard
Nik Nazmi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard.
Budaya Melayu, Islam mana yang benarkan fitnah, cerca orang? - PM Anwar
Lebih menghairankan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan itu seolah diterima sebagai amalan biasa bahkan orang itu diberi jawatan penting dalam parti.