Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan pendapatan rakyat meningkat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan pertengahan, selaras usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha kerajaan mula menampakkan hasil apabila pendapatan rakyat dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 dan pertengahan M40 meningkat dengan begitu ketara.
"Malah, kadar kemiskinan terus menurun," kata Najib dalam catatan terbaru di blog NajibRazak.com mengenai pendapatan rakyat.
Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860 manakala M40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,860 hingga RM8,319.
Najib berkata menurut EPU atau Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan seisi rumah kumpulan B40 meningkat sebanyak 76 peratus pada tahun 2014 sejak tahun 2009 manakala untuk golongan M40 pula, purata pendapatan seisi rumah meningkat hampir 60 peratus untuk tempoh yang sama.
Dari segi purata pendapatan pekerja, dalam setiap sektor, kaji selidik Jabatan Perangkaan menunjukkan peningkatan pendapatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2016 dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
"Ini antara tanda yang kedudukan kewangan pekerja secara keseluruhannya semakin baik," katanya.
Menurut Perdana Menteri, meskipun peningkatan itu merupakan kejayaan inisiatif kerajaan seperti program peningkatan pendapatan di luar bandar, kenaikan gaji minimum, dan juga pelbagai program keusahawanan, namun semangat daya saing dan usaha keras rakyat untuk meningkatkan pendapatan mereka merupakan penyumbang terbesar kejayaan itu.
"Oleh demikian, pupuklah semangat daya saing atas dasar yang kita percaya bahawa yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.
"Sama-samalah kita bangunkan ekonomi negara kerana ia tidak dapat dijayakan dengan usaha satu pihak sahaja," kata perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017
Sama-samalah kita bangunkan ekonomi negara kerana ia tidak dapat dijayakan dengan usaha satu pihak sahaja -PM. -fotoBERNAMA
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Program Jualan Ehsan Rahmah diperluas ke 12 lokasi sehari bermula Ogos
Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos ini berbanding sembilan lokasi sebelum ini.
200 lesen bas PSV percuma ditawarkan kepada golongan B40 di Pantai Timur
Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.