Kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) diingatkan agar tidak angkuh dalam mentadbir negara.
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, sikap sombong akan membuatkan seseorang itu berfikir boleh lari daripada undang-undang.
“Mentadbir urus (negara) tak boleh angkuh. Tak boleh angkuh untuk apa saja sekali pun. Apabila kamu sombong, kamu lupa Tuhan Yang Maha Esa. Apabila kamu sombong, kamu fikir kamu sendirian sangat kuat yang kamu boleh menggerakkan sesuatu.
“Apabila kamu sombong, kamu fikir kamu boleh lari daripada undang-undang dan peraturan,” katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rafidah berkata, beliau gembira dapat mengambil bahagian dalam membantu mengubah kerajaan.
Sinar Harian
Fri Jun 01 2018
Rafidah berkata, beliau gembira dapat mengambil bahagian dalam membantu mengubah kerajaan. --fotoBERNAMA / Fail
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Kenyataan mahu jatuhkan kerajaan adalah angkuh - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang yang didakwa mahu mengambil alih Kerajaan Perpaduan di luar pilihan raya sebagai 'angkuh'.
Tolak budaya 'Yang menang, menang semua', agih peruntukan secara saksama - Sultan Perak
Baginda, kesemua ADUN yang menang perlu bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama.
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
Permainan politik perkauman didalangi mereka yang terdesak - Dr Mahathir
Dr Mahathir menasihati rakyat supaya tidak memberikan mereka peluang untuk terus mengadu-domba rakyat.
Keanggotaan, sistem pemilihan perlu diberi perhatian pimpinan baharu UMNO
Beliau berkata ia perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui kepimpinan negara.
Kerajaan tak boleh angkuh - Rafidah Aziz
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, sikap sombong akan membuatkan seseorang itu berfikir boleh lari daripada undang-undang.
Pakatan Harapan jangan terlalu angkuh - PSM
Pakatan Harapan diingatkan agar tidak terlalu angkuh dan yakin boleh memenangi pilihanraya umum akan datang dengan hanya bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.