Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti strategi untuk membuka sempadan negara terhadap pelancong asing dari destinasi yang dikategorikan zon hijau koronavirus (COVID-19) sekiranya pintu masuk negara dibuka semula.
Menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pendekatan untuk hanya menerima pelancong dari negara zon hijau sebelum ini tidak praktikal kerana ada negara terbabit yang dilanda gelombang baharu wabak berkenaan.
Tambah beliau, proses perbincangan antara pihaknya bersama KKM dan Kementerian Luar Negeri (KLN) berkaitan strategi itu sentiasa dijalankan.
"Kita sudah mengenal pasti negara-negara yang kita labelkan sebagai zon hijau, namun kita perlu realistik. Kalau kita melihat zon hijau sebuah negara ia tidak praktikal. Kita telah mengenal pasti negara seperti New Zealand.
Jelas Nancy, dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, jika kerajaan mengenal pasti negara zon hijau dan bekerjasama, negara tersebut juga perlu bekerjasama dengan Malaysia.
"Sekarang ini kita menggunakan (strategi) destinasi dan tidak melihat dari sudut negara. Misalnya Australia tidak dapat dilabelkan sebagai hijau kerana Melbourne baru terkena gelombang kedua COVID-19.
"Kita boleh lihat Malaysia dan Perth (Australia) sebagai contoh. Itu proses perancangan dan kajian selagi negara tersebut buka ruang untuk kita," kata beliau.
Sementara itu, tambah Nancy, kerajaan terus komited dalam mempromosikan pelancongan domestik dalam memastikan setiap pemain industri kembali pulih akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung perancangan kementerian itu bagi menerima kemasukan pelancong asing dari negara zon hijau COVID-19.
Fareez Azman
Tue Aug 11 2020
Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan perkara itu di Dewan Rakyat pada Selasa. - Gambar fail
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan
Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit".
Pembinaan LPT3 akan guna model pembiayaan BOT - Ahmad Maslan
Cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan sejauh 122 kilometer akan menggunakan model pembiayaan Bina, Kendal
ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM
Ia bagi memastikan pelatih memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
'Ahmad Zahid sudah berusaha dapatkan pengampunan penuh Najib' - Ahmad Maslan
UMNO kini memberikan tumpuan terhadap usaha mendapatkan pengampunan penuh bagi Najib yang masih mempunyai peluang.