Kerajaan akan terus mempertingkatkan usaha dan komitmen untuk memastikan bidang pendidikan di Sabah terus maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata usaha untuk memajukan bidang pendidikan sangat penting bagi memastikan rakyat Sabah berpeluang untuk mempertingkatkan potensi diri ke tahap maksimum.
"Apa yang dilakukan kerajaan pada masa ini adalah untuk terus meningkatkan kemajuan bidang pendidikan dan proses pembelajaran dan pengajaran.
Ia sekali gus secara berperingkat menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat komited untuk membangunkan sekolah-sekolah daif kepada sekolah yang lebih moden bukan saja dari segi bangunan tetapi memasukkan unsur-unsur seperti bilik darjah abad ke-21," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telipok, dekat sini hari ini.
Turut serta dalam lawatan itu, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Najib berkata konsep untuk membina SMK dan SK Pekan Telipok di satu lokasi tapak yang sama adalah sangat baik.
"Kedua-dua sekolah dapat berkongsi pelbagai kemudahan seperti padang," katanya.
Katanya SMK Pekan Telipok menelan kos pembinaan sebanyak RM31 juta, manakala SK Pekan Telipok melibatkan kos pembinaan sebanyak RM18 juta.
SK Pekan Telipok dan SMK Pekan Telipok sebelum ini beroperasi di bangunan lama kira-kira dua kilometer dari lokasi baharu dalam keadaan bangunan yang daif.
Bangunan baharu yang mula dibina sejak 2009 itu sebelum ini tertangguh akibat masalah teknikal dan telah disambung semula pembinaannya pada 2013 dan siap pada tahun ini.
Bangunan baharu yang menempatkan 837 pelajar dan 58 guru SMK dan 704 pelajar serta 43 guru SK itu mula beroperasi pada 20 Februari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
Najib diiringi Musa memainkan peralatan muzik bersama para pelajar pada tinjauan mesra ke bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok hari ini. --fotoBERNAMA
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.