Kerajaan Persekutuan tidak akan menyekat sebarang pelaburan terus ke Kelantan dalam usaha merancakkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bahkan untuk tujuan itu kerajaan persekutuan akan membina infrastrukur dan kemudahan bagi mewujudkan jalinan antara negeri Pantai Timur dan Pantai Barat.

Dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 11, RMK11, Kerajaan Persekutuan mengenepikan politik kepartian malahan akan menumpukan soal pembangunan di negeri negeri yang kurang membangun yang dikuasai pembangkang.

“Tidak the fact is we are bulding more facilities and more infrastructure to bring more investor kerana ianya memberikan kebaikkan untuk rakyat Kelantan,” katanya.

BACA: Azmin Ali menghadap Tengku Mahkota Kelantan mohon pedoman


Beliau menjelaskan tidak adil bagi rakyat Kelantan yang dilihat turut menjadi penyumbang kepada ekonomi negara bahkan ramai anak Kelantan yang berjaya di luar Kelantan dalam pelbagai sektor termasuk dalam perkhidmatan awam.

Rakyat Kelantan juga mampu pulang menyumbang untuk negeri Kelantan untuk memajukan negeri asalkan kemudahan dan infrastruktur dibangunkan di negeri ini untuk menarik pelaburan.

Terdahulu dalam program 'Ministerial Talk Series' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) petang Khamis, Mohamed Azmin mengumumkan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion untuk pembangunan di Kelantan menerusi kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Katanya, lima projek pembangunan yang akan diberi keutamaan termasuk membesarkan dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa; Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3); Lebuhraya Central Spine Road (CSR); Jambatan Palekbang dan Jalan Raya Pasir Puteh-Machang-Jeli.

Selain itu beliau berkata projek LPT3 dari Gemuruh, Terengganu hingga Tumpat sejauh 150 kilometer (km) diberi keutamaan bagi membangunkan ekonomi di kawasan pesisiran pantai dan dapat memajukan Pelabuhan Tok Bali serta memastikan industri di kawasan pembangunan dapat dikeluarkan dengan lebih efisien.