'Penyakit' tidak percaya kepada polis menyebabkan lebih ramai masyarakat terjerumus ke perangkap penipuan yang aktif mencari mangsa melalui media sosial dan panggilan telefon.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata mangsa boleh mengelak daripada mengalami kerugian besar jika membuat aduan berhubung panggilan yang meminta mereka menjelaskan bayaran atas pelbagai alasan secepat mungkin.
"Jika ada terima panggilan itu, terus datang ke polis untuk kita semak dan sahkan betul atau tidak...yang telefon itu pun selalu mendakwa diri mereka polis sebab mahu mangsa panik lalu terus mengikut arahan menyerahkan wang yang mereka mahu.
"Datang kepada kami. Jangan tunggu sampai sudah terkena dan walaupun banyak sindiket yang berjaya ditangkap, masih ada juga yang terpedaya," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Pahang ke-34, mengambil alih daripada Datuk Mohd Yusri Hassan Basri yang memangku jawatan itu sejak 14 Jun lepas.
Mazlan berkata masyarakat juga seharusnya memanfaatkan portal yang dilancarkan polis iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule yang membolehkan mereka menyemak akaun bank yang dikhuatiri terbabit dengan penipuan urus niaga dalam talian.
BACA: Terpedaya panggilan dari 'mahkamah', penjawat awam di Miri rugi lebih RM1 juta
BACA: Guru kerugian lebih RM150,000 akibat terpedaya 'syarikat jual kopi'
BACA: Jangan pandang enteng 'love scammer'
BACA: Pelajar kerugian lebih RM4,000 akibat panggilan onar dari 'mahkamah'
BACA: Helah hadiah luar negara buat kerani rugi RM4,200
BACA: Helah kad kredit buat warga emas kerugian RM27,500
BACA: 12 individu hilang lebih setengah juta akibat ditipu
BACA: Kerani wanita mangsa terbaru Macau Scam, rugi lebih setengah juta ringgit
Masyarakat juga, menurut beliau perlu bijak dalam membuat keputusan terutamanya jika berhasrat mendapatkan pinjaman kewangan, supaya tidak terjerumus ke dalam kancah pinjaman wang tidak berlesen atau along yang akhirnya memakan diri.
"Kebanyakan iklan along ini ditampal di pelbagai tempat termasuk di pokok. Mereka menawarkan pinjaman tapi bila dihubungi kata kena bayar pelbagai bayaran yang akhirnya hampir atau lebih daripada jumlah asal.
"Masyarakat kena faham jika (syarikat) benar, mereka tidak menampal iklan di pokok. Jangan kaburkan diri sendiri kerana hal ini melibatkan keluarga. Banyak lagi saluran lain yang boleh mereka dapatkan pinjaman," katanya.
Mengulas mengenai hantaran laman sosial yang menghina Nabi Muhammad S.A.W oleh seorang individu menggunakan nama Wendy Loong, Mazlan berkata polis sedang melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
Beliau juga memberi amaran kepada pengguna media sosial untuk tidak menabur fitnah atau memuat naik hantaran yang boleh mengganggu ketenteraman awam, selain tidak mudah berkongsi atau memajukan hantaran yang bersifat sedemikian.
"Kalau terima (hantaran) yang tidak ada pengesahan tak perlu kongsi. Sikap nak berkongsi ini kononnya nak kata juara tapi kalau kita buat siasatan berkemungkinan kita akan panggil semua yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2019
MAZLAN: Datang kepada kami. Jangan tunggu sampai sudah terkena.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan
Polis Thailand membongkar operasi sebuah sindiket penipuan dan menahan sembilan suspek termasuk dua rakyat Malaysia yang didakwa memperdaya lebih 50 mangsa penipuan pelaburan.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.
Peniaga warga emas rugi lebih RM130,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Mangsa telah menyertai pelaburan itu serta belajar mengenai pelaburan bitcoin daripada individu dikenali sebagai Small Strawberry secara dalam talian.
Lima golongan berduit di mata scammer
Golongan wanita di negara ini direkodkan sebagai paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer.
Warga emas rugi hampir RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan "Navicap".
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
Peniaga kedai makan rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Seorang peniaga kedai makan kerugian lebih RM400,000 akibat terperdaya dengan penipuan pelaburan mata wang digital bitcoin di Facebook.
Tukang masak didenda RM10,000 alih wang lebih RM100,000 ke dalam akaun bank
Ng Kah Lun, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Simpanan KWSP, pampasan insurans lebih RM200,000 lesap terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa wang itu ialah dari simpanan KWSP dan pampasan insurans kematian suaminya.
Kontraktor rugi lebih RM140,000 terperdaya pelaburan bitcoin tidak wujud
Mangsa menyertai skim pelaburan dikenali sebagai MIT Investment yang diklankan di Facebook pada 26 Disember lepas.