Dua beradik maut manakala ibunya parah selepas kenderaan jenis Nissam Sentra yang dinaiki dirempuh oleh sebuah bas ekpres dalam kemalangan di Kilometer 203.5.Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran R&R Kamunting pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 4.35 pagi itu, R Vijaydren Rao,16, maut di tempat kejadian manakala adiknya, R Shankar Rao, 13, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, ibu mereka yang berusia 36 tahun pula mengalami kecedetaan parah berikutan rempuhan berkenaan dan kini masih mendapatkan rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati keluarga tersebut sedang dalam perjalanam ke Sungaj Petani dari Kuala Lumpur, sebelum bergesel dengan sebuah lori di lokasi kejadian dan berhenti di tengah lebuhraya.

"Pada masa yang sama,sebuah bas ekspres telah datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan mereka .

"Rempuhan berkenaan telah menyebabkan abangnya, R Vijaydren maut di tempat kejadian manakala R Shankar Rao yang dihantar ke Hospital Taiping turut maut," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Jelasnya, ibu kedua beradik kini masih ditempatkan di Zon Merah bagi rawatan kritikal manakala ayah mereka serta pemandu bas ekpres mengalami kecederaan ringan.

Menurut Razlam, kes akan disiasat secara lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.