Kerja-kerja pembaikan susulan gangguan bekalan air sementara di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dijangka siap kira-kira 8 malam ini, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Gangguan air itu berlaku akibat masalah mekanikal dan elektrik di Rumah Pam Air Segambut.

"Segala usaha dilaksana bagi menyiapkan kerja pembaikan secepat mungkin. Bekalan air di kawasan terlibat akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap," kata Syabas dalam kenyataan hari ini.

Kawasan terlibat ialah Segambut Dalam, Segambut Tengah, Segambut Bahagia, Taman SPPK Segambut, Jalan Segambut, Taman Segambut, Taman Bukit Segambut, Bukit Prima Pelangi, Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Langgak Tunku, Istana Negara, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Abdul Halim (Jalan Duta), Persiaran Duta.

Taman Tunku, Sentul Pasar, Bandar Baru Sentul, Batu Kentonmen, Taman Pelangi, Jalan Ipoh Batu 3 hingga Batu 5, Taman Dato Senu, Kampung Perwira, Jalan Kepong Lama, Taman Batu, sebahagian Jalan Sentul, Taman Sentul Jaya, Kampung Chempedak, Jalan Bandar Dalam, Kampung Chubadak, Taman Kok Lian, Kampung Sri Batu, Taman Kaya, Taman Rainbow, Taman Eastern, Kampung Medan Wira Utama, Taman Impian, Taman Bamboo, Taman Tasik Indah dan Taman Flora Impian.