Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 siap

Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 siap
Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2(SSP2). - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) telah siap dilaksanakan kira-kira jam 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Abdul Raof Ahmad berkata, loji akan diaktifkan semula dan proses menyalurkan bekalan air terawat ke kolam utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan.

"Ia akan dijalankan sebelum bekalan dapat disalurkan kepada pelanggan dan proses ini dijangka mengambil masa 24 jam.
"Pemulihan adalah secara berperingkat dan berbeza dari satu kawasan ke kawasan bergantung lokasi geografi dan altitud premis pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengguna diharap dapat merujuk kepada hebahan maklumat dan info pelanggan dengan melayari www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter@air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor.

Untuk bantuan bekalan air kecemasan, pengguna boleh menghantar SMS Tanker ke 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793, 019-2800919.

Terdahulu, sebanyak 4,143,645 pengguna di 577 kawasan terlibat dalam gangguan bekalan air yang dijangka mengambil masa kira-kira 86 jam pada 24 April sehingga 26 April ini.

Gangguan bekalan air ini melibatkan kawasan kawasan di kawasan-kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.




Tag: Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Air Selangor, kerja, Abdul Raof Ahmad, bekalan air, gangguan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.