Kerjasama di antara anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menjamin pasaran yang lebih luas selain pendekatan terbaik dalam mentadbir urus kos operasi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sekali gus mengurangkan kebergantungan dan meneroka pelbagai peluang perniagaan merentasi agensi.

Jelas Ismail, ia merupakan kesinambungan kepada kerjasama strategik di antara anak-anak
syarikat di bawah KKLW yang telah dimeteraikan melalui memorandum persefahaman (MoU) Fasa 1 pada 14 April lepas.

"Tujuan kita boleh berkongsi sumber antara kita, kita boleh menjimatkan kos dan sebagainya, sebagai contoh dari segi hartanah, kita ada beberapa syarikat yang menandatangani perjanjian hari ini.

"Selepas ini dari segi pemasaran untuk jualan boleh diuruskan secara bersama," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Fasa 2 anak syarikat kementerian itu di sini, hari ini.

Sebanyak tiga MoU di bawah tiga kluster iaitu pendidikan, pelaburan dan hartanah serta tambahan satu lagi MoU untuk kluster perkhidmatan melibatkan 25 buah syarikat daripada tujuh agensi di bawah KKLW dimeterai pada majlis berkenaan.

Jelas Ismail, pencapaian itu sesuatu yang boleh dibanggakan dan membuktikan entiti berbeza dapat bergerak bersama memajukan perniagaan sekali gus menunjukkan solidariti kukuh antara mereka.

Ujarnya, perjanjian itu membolehkan agensi menerima pulangan dividen lebih tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber kewangan Kerajaan.

MoU itu turut mensasarkan inisiatif perkongsian sumber iaitu fasiliti dan sumber manusia,
pembelian bahan binaan secara pukal dan pemasaran produk hartanah secara bersama, pengurusan liabiliti iaitu kutipan hutang dan pengurusan portfolio pelaburan.

Hasil kerjasama dan MoU kluster pendidikan

MoU ini melibatkan kerjasama dalam perkongsian sumber (fasiliti dan sumber manusia). Kerjasama dalam pembangunan institusi-institusi pendidikan di bawah KKLW ini membolehkan pelajar lepasan institusi pendidikan di bawah KKLW melanjutkan pelajaran lebih tinggi di bawah kumpulan institusi pendidikan yang sama. Kerjasama juga melibatkan perkongsian dan penggunaan premis atau prasarana serta perkongsian modal insan profesional (pensyarah) dalam kalangan kumpulan pendidikan di bawah KKLW. 10 syarikat dan satu agensi yang terlibat adalah:
Hasil kerjasama dan MoU kluster hartanah MoU

Melibatkan kerjasama dalam pembelian bahan binaan secara pukal dan pemasaran produk hartanah secara bersama serta perkongsian maklumat dalam sektor hartanah. Sembilan syarikat terlibat iaitu:
Hasil kerjasama dan MoU kluster perkhidmatan

MoU melibatkan kerjasama dalam aktiviti pengurusan liabiliti. Kerjasama menumpukan kepada aspek pengurusan liabiliti (kutipan hutang) di mana Rural Capital Berhad dilantik sebagai agen kutipan hutang kepada institusi pendidikan di bawah KKLW. Lapan syarikat terlibat iaitu:Hasil kerjasama dan MoU kluster hartanah

MoU melibatkan kerjasama dalam pembelian bahan binaan secara pukal dan pemasaran produk hartanah secara bersama serta perkongsian maklumat dalam sektor hartanah. Sembilan syarikat terlibat iaitu:
Hasil kerjasama dan MoU kluster perkhidmatan

MoU melibatkan kerjasama dalam aktiviti pengurusan liabiliti. Kerjasama menumpukan kepada aspek pengurusan liabiliti (kutipan hutang) di mana Rural Capital Berhad dilantik sebagai agen kutipan hutang kepada institusi pendidikan di bawah KKLW. Lapan syarikat terlibat iaitu:
Hasil kerjasama dan MoU kluster pelaburan

MoU melibatkan kerjasama dalam pengurusan portfolio pelaburan yang diketuai oleh Pelaburan MARA Berhad (PMB). Tumpuan diberikan kepada portfolio pelaburan yang berkesan supaya pulangan yang diterima adalah setara atau melebihi daripada pasaran. MoU juga melibatkan pembangunan sumber manusia syarikat yang terlibat dalam latihan pengurusan portfolio pelaburan. Enam syarikat yang terlibat iaitu: