Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta, telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Azura Alwi, yang turut dihadiri peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib.
Manoj berkata pada 11 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes yang dihadapi bekas perdana menteri itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.
Hakim Azura kemudiannya memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Pada 8 Februari lalu, Najib, 66, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini dengan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM27 juta, lima tahun lalu.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.
Anggota Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu di Mahkamah Tinggi, Hakim Mohd Nazlan menetapkan 13 Mac depan untuk pengurusan kes Najib, yang berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta selepas Peguam Negara Tommy Thomas memohon tarikh berkenaan ketika sebutan kes itu, hari ini.
Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwaan turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa rayuan Najib telah ditetapkan untuk pendengaran pada 11 dan 12 Mac ini di Mahkamah Rayuan.
Pada tarikh berkenaan, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berhubung perintah larangan ke atas media untuk membincangkan merit kes jenayah beliau; penzahiran dokumen dan pernyataan serta tindakan beliau mencabar pelantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan SRC International.
Mahkamah Rayuan juga akan mendengar rayuan Najib ke atas penarikan balik sijil pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Bernama
Fri Feb 22 2019
Kes Najib yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. -Gambar fail
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.