Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan segera berhubung kebolehpercayaan keterangan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk melanggar kereta Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, yang bercanggah dengan laporan polisnya.
"Saya akan memutuskan esok atau pada hari lain keputusan ini," kata Hakim Datuk Azman Abdullah pada prosiding perbicaraan kes bunuh Kevin Morais yang masuk hari ke-27 hari ini.
Beliau memutuskan demikian selepas mahkamah mendengar keterangan Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah, Insp M. Vasu, saksi pendakwaan ke-36 yang dipanggil semula memberi keterangan, hari ini.
Semalam Hakim Azman memutuskan keterangan saksi itu, S. Yogeswari, seorang tukang jahit yang juga pemilik pacuan empat roda Mitsubishi Triton itu bercanggah dengan laporan polis yang dibuatnya.
Sebelum itu, hakim menyoal Vasu dengan merujuk keterangan Yogeswari dalam rakaman percakapannya yang direkodkan Vasu di Bilik Jenayah IPD Kulim, pada 6.30 petang, 27 Sept 2015.
Hakim Azman: Dalam keterangan semalam dan sebelum ini (di mahkamah), Yogeswari mengatakan dia beritahu awak kenderaan tersebut (pacuan empat roda Mitsubishi Triton) tiap-tiap malam (pada tarikh 2 Ogos 2015 hingga 11 Sept 2015) Selvam datang bawa kenderaan itu, simpan di rumah beliau tetapi awak tidak catat.
Kalau Yogeswari beritahu begitu pada awak, adakah awak pilih-pilih (kenyataan untuk ditulis) atau awak catat apa yang Yogeswari ceritakan pada awak?
Vasu: Saya catat semua yang disebutkan oleh Yogeswari. Saya catat apa yang dia sebut. Saya tak tambah atau menindakkan apa-apa percakapan yang diberikan.
Terdahulu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, Vasu berkata, Yogeswari tidak ada memberitahunya mengenai kenderaan itu yang disimpan di rumahnya setiap malam pada tarikh tersebut.
Saksi itu menafikan bahawa Yogeswari ada memberitahunya mengenai perkara itu.
"Tiada langsung, tak disebut langsung, (kenyataan itu). Saya catat seperti mana Yogeswari menceritakan kepada saya," katanya yang memberitahu rakaman percakapan mengambil masa satu jam setengah.
Vasu berkata Yogeswari yang fasih berbahasa Melayu juga membaca laporan yang dicatatkan Vasu, memahami kandungan laporan dan menandatangani laporan itu tanpa mahu mengubah atau memindanya.
Sementara itu, Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Perak, Khairul Anuar Abdul Aziz, 47, mengesahkan barang kes iaitu mesin pencanai yang ditemukan di Sungai Kuala Selangor, Km 46, Jalan Klang-Teluk Intan, pada 19 Sept tahun lepas boleh digunakan untuk melakukan kikisan pada enjin kenderaan.
"Ya, grinder (mesin pencanai) seperti ini boleh melakukan kikisan pada enjin," kata saksi pendakwaan ke-13 itu yang dipanggil semula untuk memberi keterangan pada hari ini.
Enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
Perbicaraan bersambung esok. -Bernama
Bernama
Thu Sep 29 2016
Mahkamah akan membuat keputusan berhubung kebolehpercayaan keterangan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk melanggar kereta Datuk Anthony Kevin Morais (gambar). -Gambar fail
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais
Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais, yang dijadualkan pada 3 Mac ini, telah dilapangkan.
22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.
Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh.
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
'Jangan berhenti perangi rasuah'
Itu pesanan dua penerima anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation, yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, pada Selasa.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.