Kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang berdepan 23 pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas akan disebut semula esok.

Majistret Siti Radziah Kamarudin sebelum ini menetapkan tarikh itu pada prosiding 28 November lalu.


BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius

BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfiz


Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

BACA: Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat - Bomba

BACA: Kes bakar tahfiz: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan


Prosiding sebelum ini dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan tertuduh di bawah umur.

Media termasuk anggota keluarga mangsa turut diperintahkan supaya tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding itu.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Othman Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail manakala peguam Joanne Chua dan Noor Svetlana Mohd Noor Nordin masing-masing mewakili tertuduh remaja 16 tahun dan kanak-kanak 12 tahun.