Jumlah kes positif COVID-19 di negara Amerika Syarikat (AS) setakat Sabtu sudah melebihi lima juta orang.

Perkembangan itu sekali gus membawa maksud, seorang daripada 66 penduduk negara Uncle Sam itu dijangkiti COVID-19.

Rekod berkenaan juga menjadikan AS muncul sebagai negara yang mencatatkan jumlah kes tertinggi COVID-19 di dunia setakat ini.

Untuk rekod juga, lebih 160,000 kematian dicatatkan di AS, iaitu mewakili suku daripada jumlah keseluruhan kematian seluruh dunia.

AS ketika ini sedang bertungkus-lumus untuk menghasilkan vaksin COVID-19 yang dijangka diperoleh akhir tahun ini.

Pakar kesihatan AS menjangkakan sekurang-kurang satu vaksin yang diyakini berkesan dan selamat akan dapat dihasilkan.

Dalam masa sama, Presiden AS, Donald Trump yakin vaksin berkenaan akan dapatkan digunakan apabila berlangsungnya pemilihan Presiden negara ityu pada 3 November depan.

Pada Jumaat, Jabatan Buruh AS melaporkan, kadar pengangguran meningkat pada Julai susulan penularan COVID-19, sekali gus mendesak penduduk mendapatkan bantuan tambahan kerajaan.