Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes dan tetapkan bicara membabitkan kes anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad yang dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah Januari lalu.
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan perkara itu selepas sebutan semula kes hari ini.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful didakwa memberikan diri sendiri dadah jenis THC yang dimasukkan ke dalam badannya di sebuah tandas sebuah pusat hiburan, pada Januari.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Jika sabit kesalahan, pesalah juga wajib diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 38B akta sama, selama tiga tahun.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Josiendra Abu Senin manakala tertuduh diwakili peguam Nasar Khan.
BACA: Anak Mat Sabu ditahan positif ganja
BACA: 'Anak saya sama seperti anak orang lain', Mat Sabu serah pada pihak berkuasa
BACA: Kes dadah anak: Mat Sabu serah pada undang-undang
BACA: 'Anak tok imam pun boleh terjebak' - Tajuddin minta henti kecam Mat Sabu
Astro Awani
Tue Jul 09 2019
Ahmad Saiful didakwa memberikan diri sendiri dadah jenis THC yang dimasukkan ke dalam badannya di sebuah tandas sebuah pusat hiburan, pada Januari. - Astro AWANI
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Anak Mat Sabu bebas kes dadah
Hakim mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam.
Anak Mat Sabu dihukum penjara 8 bulan
Ahmad Saiful Islam Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dakwaan penyalahgunaan dadah pada awal tahun lalu.
Kes dadah anak Mat Sabu: 8 Ogos tarikh pengurusan kes
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan perkara itu selepas sebutan semula kes pada Selasa.