Jumlah kes demam denggi di Kedah dari Januari hingga 10 Nov lepas meningkat 28.5 peratus kepada 1,706 kes berbanding 1,328 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, Langkawi antara lapan daerah yang menunjukkan peningkatan ketara dengan 223 kes berbanding 32 kes dicatatkan sebelum ini.
Katanya, daerah Kota Setar mencatatkan 213 kes berbanding 127 kes sebelum ini, Pendang 115 kes (berbanding 32 kes), Kuala Muda 423 kes (berbanding 366 kes), Baling 163 kes (berbanding 118 kes), Kubang Pasu 116 kes (berbanding 87 kes), Yan 31 kes (berbanding 11 kes) dan Padang Terap dengan 85 kes (berbanding 69 kes).
"Terdapat juga beberapa daerah yang menunjukkan penurunan kes seperti Kulim dengan 239 kes berbanding sebelum ini 369 kes, Sik 83 kes (berbanding 101 kes) dan Bandar Baharu 15 kes (berbanding 16 kes)," katanya kepada pemberita pada Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 peringkat negeri di sini, hari ini.
Sementara itu, Dr Norhizan berkata, sebanyak tujuh kes kematian dicatatkan dengan daerah Kuala Muda mencatatkan kematian tertinggi iaitu empat kes, manakala masing-masing satu kes di Kubang Pasu, Kota Setar dan Langkawi.
Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 398,328 premis di seluruh negeri dan didapati sebanyak 9,438 premis mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.
"Kita juga mengeluarkan sebanyak 3,756 kompaun dengan nilai lebih RM1.813 juta di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan sebanyak 832 Notis Seksyen 8 dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes.
"Sebanyak 534,700 premis juga dibuat semburan untuk membunuh nyamuk dan sebanyak 103,611 premis telah dilakukan 'larviciding' bagi memusnahkan jentik-jentik," katanya.
Beliau berkata aktiviti pendidikan kesihatan juga giat dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya denggi.
Katanya, masyarakat diminta agar meningkatkan tahap kebersihan persekitaran di rumah kerana jumlah kes akan terus meningkat ekoran musim hujan dijangka berlaku di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018
Sebanyak 534,700 premis juga dibuat semburan untuk membunuh nyamuk dan sebanyak 103,611 premis telah dilakukan 'larviciding' bagi memusnahkan jentik-jentik.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
7,254 kes demam denggi, 12 kematian direkodkan di Pulau Pinang
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari hingga 23 Disember adalah sebanyak 7,254 kes dengan 12 kematian dicatatkan.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Denggi: Pulau Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.
Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian
Dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 dijangkiti penyakit itu bulan lalu.
Kes denggi di P. Pinang meningkat
Sebanyak 122 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Pulau Pinang pada Minggu Epidemiologi ke-45 (ME45) bagi tempoh 5 hingga 11 Nov lepas.
Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan
Faktor cuaca didapati antara punca berlaku peningkatan kes demam denggi di Kelantan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.