Labuan mencatatkan peningkatan kes denggi hampir 250 peratus kepada 62 kes setakat 15 Julai lalu tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata pada masa ini terdapat lapan kluster denggi yang aktif dengan kluster terbesar di Kampung Bebuloh Laut.

Kawasan lain ialah Kampung Layangan, TUDM Membedai dan petempatan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian di Kampung Kiansam dan Saguking, katanya kepada Bernama.

Bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, Labuan mencatatkan keseluruhan 70 kes denggi. -- Bernama