Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengulangi hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, di sini.
Beliau berkata pihaknya tidak akan menerima tuntutan daripada pihak lain termasuk kedutaan atau delegasi Korea Utara kerana ia merupakan prosedur operasi standard dalam proses menuntut mayat di negara ini.
"Polis perlu sahkan DNA mayat itu terlebih dahulu yang perlu dilakukan oleh keluarga mangsa.
"Selepas itu baru kami akan serahkan kepada keluarga dan terpulang kepada mereka hendak lakukan apa terhadap mayat berkenaan," katanya kepada Bernama.
BACA: Pembunuhan Jong Nam: Malaysia sedia kongsi maklumat selepas siasatan, pendakwaan selesai - TPM
BACA: Polis nafi waris Kim Jong Nam tiba di Malaysia - Khalid
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa bahawa Korea Utara telah menghantar delegasinya ke Malaysia bagi menuntut mayat itu.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pihaknnya telah memenuhi segala piawaian antarabangsa bagi siasatan kes dan proses bedah siasat ke atas mayat.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan tujuh suspek dalam kes tersebut yang masih bebas, Khalid berkata pihaknya masih menjejaki mereka.
"Walaupun dua suspek wanita kes berkenaan iaitu seorang warga Vietnam (Doan Thi Huong) dan Indonesia (Siti Aisyah) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang esok, polis akan terus mencari kesemua mereka bagi membantu siasatan.
"Kami akan menggunakan semua saluran yang ada termasuk mendapatkan kerjasama polis Interpol," katanya.
Pada 13 Feb lepas, Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dilapor menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.
Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017
KHALID: Hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, HKL. - Gambar fail
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA
Litar bersepadu terkenal yang digunakan dalam dekad yang lepas kebanyakannya terdiri daripada elektronik dan fotonik berdasarkan semikonduktor.
Kebakaran hutan di Hawaii: 1,100 penduduk masih belum dapat dikesan
Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran hutan luar biasa yang melanda Pulau Maui di Hawaii baru-baru ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.