WANITA warga Vietnam, Doan Thi Huong, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dua tahun lepas akan dibebaskan 3 Mei ini,
Perkara itu disahkan peguam tertuduh, Salim Bashir kepada AFP pada Sabtu.
“Kami diberitahu pihak berkuasa penjara bahawa Huong akan dibebaskan 3 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan.
“Huong berasa amat gembira. Wanita itu dijangka akan diterbangkan ke Hanoi sejurus selepas dibebaskan.
“Sudah tentu Huong berhak menerima pembebasan ini selepas ditahan begitu lama. Beliau tidak sabar mahu bertemu keluarga dan rakan-rakannya,” kata Salim lagi.
BACA: Doan dipenjara tiga tahun empat bulan, cederakan Kim Chol
Sebelum ini Doan, yang merupakan bekas pekerja salon, mengaku bersalah “menyebabkan kecederaan” dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan berkuatkuasa dari tarikh tahanan beliau pada Februari 2017.
Jumlah itu kemudian dikurangkan atas sebab berkelakukan baik sepanjang dia dalam tahanan.
Pembebasan itu akan menjadikan jumlah hukuman Doan adalah dua tahun tiga bulan.
Doan dituduh membunuh Kim Jong-nam menggunakan toksik agen saraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Pada Mac Mahkamah membebaskan seorang lagi suspek, Siti Aisyah, 27, selepas pihak pendakwaan mengugurkan pertuduhan yang dihadapinya sejak Oktober 2017.
Agensi
Sat Apr 13 2019
Doan dituduh membunuh Kim Jong-nam menggunakan toksik agen saraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto AP
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.