Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah, di sini pada Selasa lalu, akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibunya serta guru yang terlibat memohon maaf sesama mereka hari ini.
Permohonan maaf itu dilakukan mereka di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan dan juga Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan dalam satu pertemuan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru, pukul 2.30 petang tadi.
Pertemuan itu hasil usaha pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang mahu mencari jalan penyelesaian 'menang-menang' kepada kedua-dua pihak tanpa melibatkan undang-undang.
Aminolhuda berkata, dengan penyelesaian itu, beliau berharap semua pihak tidak memanjangkan isu terbabit kerana telah dapat ditangani dengan baik.
"Terima kasih kepada PPD Johor Bahru dan pihak sekolah kerana telah cepat mengambil tindakan dengan mengadakan sesi permuafakatan antara yang terlibat yang menghasilkan penarikan balik laporan polis dibuat oleh ibu pelajar dan guru memohon maaf secara terbuka kepada murid dan ibunya atas tindakan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Aminolhuda berkata, beliau telah memberi peringatan kepada pihak sekolah supaya kejadian seumpama ini tidak berulang dan dalam masa sama setiap warga pendidik haruslah dipastikan memahami serta menguasai peraturan-peraturan sedia ada agar dapat mengawal tindakan mereka dalam menangani disiplin murid.
Kejadian pada Selasa itu dipercayai berlaku apabila pelajar berkenaan telah menegur guru lelaki dengan ayat "Ah Qua Lao Shi" yang bermaksud "Cikgu Pondan" ketika gurunya lalu di koridor kelas tanpa sebab.
Teguran itu mengakibatkan gurunya sangat marah dan memukul Wong di bahagian kiri tangan dan kaki dengan menggunakan rotan, sebelum satu laporan polis dibuat oleh ibu pelajar berkenaan di Balai Polis Taman Tun Aminah, Skudai, di sini. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2019
Aminolhuda Hassan (tengah) menyaksikan guru lelaki dan ibu pelajar yang dirotan bersalaman memohon maaf di PPD Johor Bahru pada Khamis.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Kes panggil cikgu pondan, rotan pelajar perempuan selesai
Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah, di sini, Selasa lepas, akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibunya serta guru yang terlibat memohon maaf sesama mereka.