Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi susulan keputusan membabitkan kes rasuah bekas Exco Johor.
Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad melepas dan membebaskan tanpa dipanggil membela diri bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama dua individu lain daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta.
"Rayuan akan dibuat hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.
"Tindakan tersebut akan dilakukan sebelum tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah," jelas SPRM menerusi kenyataan pada Ahad.
BACA: Bekas Exco Johor, Latif Bandi bebas 37 pertuduhan
Pada 19 April 2017, Abdul Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau bersama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta.
Masa sama media melaporkan SPRM menahan enam individu termasuk Ahmad Fauzan yang disahkan anak kepada exco terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyelewengan berhubung kes rasuah dan penyelewengan harta tanah di Johor.
Astro Awani
Sun Apr 21 2019
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Latif Bandi (tengah) bersama anaknya Ahmad Fauzan Hatim (dua, kanan) dan perunding hartanah Amir Sharifuddin Abd Raub (dua, kiri) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Foto Bernama
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Kes rasuah bekas Exco Johor: SPRM akan kemuka rayuan ke Mahkamah Tinggi
Rayuan akan dibuat hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.