Kes rogol Exco Perak: Pendakwaan mohon dua saksi utama di bawah Akta Perlindungan Saksi

Kes rogol Exco Perak: Pendakwaan mohon dua saksi utama di bawah Akta Perlindungan Saksi
Paul Yong Choo Kiong tiba di Mahkamah Sesyen, Ipoh pada Isnin bagi perbicaraan kesnya yang didakwa atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia. - Gambar BERNAMA
IPOH: Pihak pendakwaan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan anggota Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Keong memohon kepada Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin untuk menjadikan saksi pertama dan kedua kes itu sebagai saksi terlindung.

Hakim Norashima Khalid bagaimanapun, hanya akan membuat keputusan mengenai perkara itu, ketika perbicaraan disambung semula pada Rabu.

Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, permohonan itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
 
“Di bawah seksyen 12, 18 dan 20 memang ada peruntukan ataupun pengecualian diberi untuk saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi ini memberi keterangan, sama ada individually (secara peribadi) ataupun melalui in camera (menerusi kamera).

"Jadi kita hanya membuat permohonan berdasarkan peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita ketika perbicaraan ditangguhkan.

Sementara itu, salah seorang peguam tertuduh, Leong Cheok Keng terpaksa menarik diri daripada kes tersebut kerana berpotensi untuk dipanggil sebagai saksi.

Mahkamah bagaimanapun, menolak permohonan agar tiga wakil dari Kedutaan Indonesia hadir sebagai pemerhati sepanjang perbicaraan berlangsung.

Paul Yong didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu di sebuah bilik di tingkat atas di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

BACA: Exco Perak Paul Yong mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol

B
ACA: Tuduhan rogol: Paul Yong buat keputusan untuk bercuti


Tag: Exco Perak, Paul Yong Choo Keong, kes rogol pembantu rumah warga Indonesia, Mahkamah Sesyen Ipoh



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.