Kes Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan pertuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan sistem tenaga solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak, akan didengar di Mahkamah Tinggi sama yang mendengar kes Datuk Rizal Mansor, bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes Rosmah, supaya kedua-dua kes itu didengar di mahkamah sama.
"Permohonan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes ini untuk didengar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dibenarkan. Kami tidak bercanggah dengan Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Rosmah diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.
Pada 15 Nov tahun lepas, Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Rizal, 45, juga mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah membabitkan projek sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2019
SEQUERAH: Permohonan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes ini untuk didengar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dibenarkan. - Gambar fail
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib
Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding.
Hakim kes 1MDB babit Najib, mengaku rakan kongsi Jasmine Loo
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman yang sama dengan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Pendakwaan tarik balik surat gesaan utamakan perbicaraan kes Zahid
Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa perkara itu sudah selesai dengan keputusannya untuk menarik balik surat berkenaan.
Mahkamah arah tiga beradik diserah kepada ibu
Anak-anak Siew Hong kini berada bawah jagaan JKM sementara menunggu keputusan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah arah Zahid bela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah
Mahkamah Tinggi KL perintah Ahmad Zahid membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid hadir di Mahkamah Tinggi pagi ini
Beliau yang dilihat turun dari kenderaan pelbagai guna (MPV) putih Toyota Vellfire itu sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki Mahkamah Tinggi tadi.
Penyokong Zahid mula penuhi Mahkamah Tinggi KL
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah akan membuat keputusan sekitar jam 9.30 pagi ini.
Kes Najib babitkan dana 1MDB ditangguh, perbicaraan secara hibrid tidak dibenarkan
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid.