Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) akan membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kes projek terowong dasar laut di negeri itu.
Presiden Pekira Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata laporan tersebut akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada minggu depan susulan maklumat diterimanya berhubung kes tersebut.
"Dalam isu ini, sebelum ini, Pekira pernah terima maklumat tetapi ada pihak lain telah menyampaikan maklumat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Maka kita tunggu masa sahaja (untuk buat laporan polis)," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.
Mengenai permohonan pendaftaran Pekira dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Mohd Ridzuan berkata parti itu akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat berhubung perkara itu.
Mohd Ridzuan berkata walaupun pendaftaran Pekira masih belum diluluskan RoS, namun parti yang mempunyai kira-kira 25,000 anggota di seluruh negara, akan digembleng bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berkata Pekira juga telah menghantar borang untuk menjadi anggota gabungan BN, awal minggu ini.
"Pekira berharap pucuk pimpinan BN dapat mempertimbangkan perkara ini supaya gerak kerja kita pada PRU14 berjalan lancar, kerana selain anggota Pekira, Ikhlas juga mempunyai 180,000 anggota di seluruh negara," katanya.
Mohd Ridzuan turut mendedahkan terdapat cubaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menarik Pekira menyertai Pakatan Harapan (PH).
"Mereka sudah tiga kali bertemu dengan saya dengan yang terbaharu pada hujung tahun lepas. Bagaimanapun, kita yakin BN akan bekerjasama sepenuhnya dengan Pekira pada PRU14," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 08 2018
RIDZUAN: Kita tunggu masa sahaja untuk buat laporan polis.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Laporan polis NUBE: Steven Sim sedia beri keterangan, kerjasama penuh
Steven akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis susulan laporan polis dibuat NUBE terhadap dirinya berhubung dakwaan salah guna kuasa.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
Hina Yang di-Pertuan Agong, Pemuda UMNO Pasir Gudang buat laporan polis
Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.
Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
Logo seakan kalimah Allah di tapak kasut: Polis terima lapan laporan - KPN
Satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
108 kes penipuan komersial, kerugian lebih RM600,000 dalam seminggu di Terengganu
JSJK IPK Terengganu menerima 108 laporan polis dalam tempoh seminggu bermula 31 Mac lepas sehingga semalam, membabitkan kerugian RM662,903.
Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar.
Ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa buat laporan palsu
Seorang ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Februari lepas.
MUIS buat laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat salah guna kuasa dalam pentadbiran badan itu.