Polis memburu sembilan lagi suspek termasuk suspek utama yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki, di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, pada 17 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kadir Mohd berkata, kesemua sembilan suspek itu berusia antara 21 hingga 40 tahun dan merupakan ahli kumpulan tersebut.

“Sebenarnya kita masih memburu sembilan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan ini.

“Saya tidak akan memberi perincian mengenai peranan tetapi mereka terlibat secara langsung dan waran tangkap telah dikeluarkan termasuk dalang utama,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini.

Sementara itu, dua suspek yang sebelum ini direman 14 hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru , esok.

Pada 17 Disember lalu, seorang lelaki berusia 30 an mati selepas diserang oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan bmw berwarna putih.

Mangsa yang sempat bergelut kemudian dilanggar, digilis dan ditikam sehingga mati.

Ketika kejadian, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20 an sedang mengisi angin tayar , sebelum didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

BACA: Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru

BACA: Kes tikam, langgar: Berpunca akibat dadah

BACA: 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu

BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru