Kes tuntutan palsu: 'Datuk' dibebaskan dengan jaminan SPRM

Kes tuntutan palsu: 'Datuk' dibebaskan dengan jaminan SPRM
ADUN Terengganu bergelar Datuk (dua, kiri) berusia 54 tahun itu ketika direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu sebelum ini. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

ADUN bergelar 'Datuk' itu  dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Difahamkan ADUN yang berusia 54 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sebelum ini, ADUN terbabit direman selama tiga hari pada Isnin bagi membolehkan SPRM melakukan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek dikatakan mengemukakan tuntutan berjumlah RM500,000 pada Mei tahun lalu kepada Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan untuk 32 program.

Bagaimanapun program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Selain ADUN terbabit, seorang pegawai daerah berusia 59 tahun dan pengerusi majlis belia berusia 38 tahun yang ditahan pada 13 Januari dan 8 Januari lalu turut direman bagi membantu siasatan kes sama.

Tag: ADUN, terengganu, tuntutan palsu, SPRM, jaminan, dibebaskan dengan jaminan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.