Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan kesalahan berkaitan sijil halal palsu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata akta itu yang menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972 telah membolehkan pengeluaran sijil halal diperkemas apabila hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri yang diberi kuasa mengeluarkan sijil halal.
“Sebelum ini menerusi Akta Perihal Dagangan 1972, sesiapa pun boleh keluarkan sijil...mana-mana badan persendirian dan syarikat swasta pun boleh keluarkan sijil apabila mereka mendaftarkan syarikat berkaitan halal,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai cabaran dihadapi kerajaan melibatkan pihak-pihak yang memanipulasi sijil halal.
Dalam pada itu, Jamil Khir berkata kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu lagi entiti khas bagi mengambil alih tugas Jakim dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam mengurus selia pengeluaran sijil halal.
Katanya, kedua-dua badan itu telah menjalankan tugas dengan baik dengan Jakim berperanan mengeluarkan sijil halal, manakala HDC lebih fokus kepada pengurusan, pemantauan dan penyelarasan pemain industri.
“Kita dah ada pengalaman, masa bahagian halal satu ketika dulu berada di bawah HDC, kadang-kadang bila sijil itu dikeluarkan melalui arahan HDC, timbul persoalan adakah sijil ini dikawal oleh pihak berkepentingan kepada industri itu atau ia badan benar-benar bebas,” katanya.
Jamil Khir berkata, kedua-dua agensi itu juga merupakan sekretariat bersama dalam Majlis Halal Malaysia (MHM) berserta dengan Jabatan Standard Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan MHM adalah bagi menyelaras agensi-agensi terbabit sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri untuk memastikan Malaysia terus menerajui halal global dan menjadi pusat rujukan dunia.
“Dalam masa sama, pembangunan industri halal negara dapat diselaras agar lebih strategik, efektif dan menyeluruh melalui pembangunan beberapa komponen penting yang menghasilkan satu ekosistem halal yang holistik,” katanya.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) yang ingin tahu sama ada Jakim dan HDC boleh disatukan supaya urusan permohonan sijil halal dikawal satu entiti supaya ia tidak mengelirukan pelabur asing.
Sinar Harian
Mon Mar 19 2018
JAMIL KHIR: Kedua-dua badan itu telah menjalankan tugas dengan baik dengan Jakim berperanan mengeluarkan sijil halal, manakala HDC lebih fokus kepada pengurusan, pemantauan dan penyelarasan pemain industri. - Gambar fail
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im
Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar..
Kartel daging import haram: Tiada anggota KPDNHEP terlibat
Tiada anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terlibat dalam kes kartel daging import haram yang dibongkar di Senai, Johor baru-baru ini.
Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kesalahan sijil halal palsu hampir sifar
Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan kesalahan berkaitan sijil halal palsu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat
JAIPs akan memberi penerangan dari premis ke premis bagi menerangkan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi.