Tutup

Kesilapan paparan grafik, Astro AWANI mohon maaf

Kesilapan paparan grafik, Astro AWANI mohon maaf
Astro AWANI memohon maaf kepada semua rakyat serta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak atas kesilapan label pada grafik yang ditayangkan pada 27 & 28 Oktober lalu.
PIHAK Astro AWANI memohon maaf kepada semua penonton, terutamanya rakyat dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, atas kesalahan yang berlaku ketika siaran berita kami pada 27 dan 28 Oktober lalu.

Dalam AWANI 7.45 pada tarikh berkenaan, terdapat kesilapan pada paparan peta Sabah dan Sarawak berhubung Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara ini.
Astro AWANI merakamkan rasa kesal di atas kesilapan maklumat pada peta grafik berkenaan dan sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan itu.