Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mesir dan berpeluang bertemu dengan anak muda di seluruh dunia, Yuhan Satapo menyifatkan World Youth Forum 2017 (WYF) di Sharm El-Sheikh sebagai pengalaman terbaik dalam hidupnya.
Yuhan, 25 tahun merupakan mahasiswa Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dari Universiti Utara Malaysia berkata, forum itu bertujuan untuk melibatkan belia dari seluruh dunia bagi menyatakan pandangan mereka dan keperluan di peringkat global.
"Peluang berada di Mesir selama seminggu itu turut membincang, membahas alternatif dan mencadangkan inisiatif serta dasar.
"Apa yang saya lakukan sekarang ialah melibatkan komuniti dan kelab universiti dalam membuat serta mempromosikan perubahan positif kepada komuniti," ujarnya.
Jelasnya, dia pernah menyimpan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti WYF dan bersyukur apabila terpilih menyertai forum yang menjadi medan interaksi dengan para belia di seluruh dunia.
"Bagi saya, WYF satu platform yang hebat untuk belajar dan memahami inisiatif yang tepat sebagai belia untuk mempromosikan keamanan, kemapanan dan pembangunan untuk masa depan dunia kita," luahnya yang berasal Pattani, Thailand.
Pembentangan bertajuk Impact of Technology on Education merupakan satu slot forum yang menarik memandangkan kebanyakan masyarakat kini menyedari bahawa teknologi itu memberi kesan dalam kehidupan harian.
Bagi mengoptimumkan teknologi, prosedur integrasi yang wajar ditubuhkan dengan tujuan untuk menghasilkan generasi masa depan yang memiliki kepimpinan tinggi bagi mempromosikan keamanan, pembangunan dan kemakmuran
"Anak muda seperti kita harus menjadi contoh dalam membuat kombinasi kerja, saya akui sentiasa bersemangat bertemu dengan pemimpin muda selain mewujudkan rangkaian dan berkongsi idea ke arah perkembangan masa depan.
"Bertemu dengan pemimpin asing amat mengujakan, melibatkan diri dengan mereka membolehkan saya berbincang mengenai isu semasa. Saya dapat belajar perkara baharu daripada pengalaman orang lain," katanya.
Sepanjang acara berlangsung, peserta menghadiri beberapa forum yang membabitkan ramai penceramah selain turut mengadakan siri perbincangan dengan mereka.
"Anda mengetahui sesuatu perkara dengan lebih baik apabila anda bercakap dengan orang yang benar-benar arif," katanya.
Menerusi forum itu peserta dapat mencapai idea dan pandangan daripada pakar global, profesional dan penceramah terkenal serta membina rangkaian global dengan belia yang lain.
Tekadnya, idea dan isu berkaitan dengan komuniti belia yang diketengahkan turut dibawa pulang bagi diadaptasi dalam komuniti tempatan.
"Antara mesej penting yang saya pelajari adalah kita perlu berusaha mempengaruhi orang untuk melakukan perkara yang betul supaya dunia lebih aman dan sejahtera," katanya.
___________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers Hanie Maisarah Ahmad Rasidi dari Universiti Utara Malaysia, UUM.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Awani Rangers UUM
Tue Feb 06 2018
WYF satu platform yang hebat untuk belajar dan memahami inisiatif yang tepat sebagai belia untuk mempromosikan keamanan, kemapanan dan pembangunan untuk masa depan dunia - Foto AWANI Rangers UUM
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan