Ketiadaan Almarhum Tunku Jalil dirindui

Ketiadaan Almarhum Tunku Jalil dirindui
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menziarahi makam anakanda, Almarhum Tunku Abdul Jalil hari ini. -Facebook.com / officialsultanibrahim
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakandanya, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim sempena dua tahun kemangkatan baginda di Makam Diraja Mahmoodiah, di sini, hari ini.

Turut berangkat sama adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim serta suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Foto-foto di makam Almahrum dikongsi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor, Royal Press Office (RPO).

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakanda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim sempena dua tahun kemangkatan baginda di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru, pada Selasa. Gambar: Johor Royal Press Office
Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah turut berangkat sama. Gambar: Johor Royal Press Office

Pada masa sama, ternyata masih ramai yang merindui putera kesayangan rakyat Johor. Ini dapat dilihat selepas status Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimuat naik di laman media sosial, Facebook.

 


 
 

 
 

 
 

 
 

Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang sinonim dengan gelaran mesra rakyat cukup dikenali dengan sifat peramahnya dan membuatkan sesiapa sahaja senang mendampinginya.

Hari ini, genap dua tahun kemangkatan baginda akibat kanser hati tahap empat pada 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.

Almarhum Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana Johor.

BACA: Rakyat, pemimpin kongsi kesedihan atas kemangkatan Tunku Jalil