Lima pemain yang tidak dilepaskan kelab masing-masing bagi menyertai skuad Bawah 23 (B-23) negara menghadapi Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-22 2019 memberi tamparan negatif kepada persiapan pasukan.
Lima pemain berkenaan adalah pertahanan sensasi negara, Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Daniel Amier Norhisham (Felda United), Muhammad Zahril Azri Zabri (Felda United), Muhammad Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam (Kedah).
Daripada lima pemain itu, tiga daripadanya merupakan pemain tengah dan keputusan kelab yang enggan melepaskan pemain masing-masing ternyata merungsingkan ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee.
"Daripada senarai 26 pemain dipanggil, yang merungsingkan adalah di bahagian tengah...dan kita tahu dalam senarai itu Daniel, Zahril dan Fadzrul, ketiga-tiganya pemain tengah. Kini tinggal dua sahaja pemain di bahagian tengah...hanya tinggal Nik Akif (Nik Akif Syahiran Nik Mat) dan Danial (Muhammad Danial Haqim Draman).
"Jadi saya perlu memikirkan pengganti di bahagian tengah terutamanya dan kemungkinan besar saya akan panggil dua atau tiga pemain esok untuk memastikan kita ada pemain secukupnya di setiap posisi sebelum ke Kemboja," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertama skuad muda negara di sini, pada Ahad.
Kim Swee, bagaimanapun, menaruh harapan untuk mendapatkan keputusan positif di Kemboja serta berharap pemain yang dipilih dapat mengisi kekosongan dan menampilkan persembahan terbaik.
"Apa yang penting saya harap pemain yang ada bersama skuad kali ini dapat buktikan mereka boleh mengisi slot ditinggalkan tetapi kita juga perlu berusaha keras untuk dapatkan keputusan cukup baik," katanya.
Dalam pada itu, hari pertama kem latihan pusat skuad B-23 negara hari ini menyaksikan hanya 14 pemain menjalani latihan sementara lima lagi pemain dari Kelantan dijangka melapor diri selewat-lewatnya malam ini, dan dua pemain lagi masing-masing dari Felda United dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) akan melapor diri esok.
Kejuaraan AFF B-22 2019 akan berlangsung pada 17-26 Feb dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan tuan rumah, Myanmar, Indonesia dan Singapura sementara Kumpulan A dibarisi Thailand, Filipina, Timor Leste, Vietnam, Laos dan Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 10 2019
Kim Swee menaruh harapan untuk mendapatkan keputusan positif di Kemboja serta berharap pemain yang dipilih dapat mengisi kekosongan dan menampilkan persembahan terbaik.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Ketiadaan lima pemain rungsingkan Kim Swee
Lima pemain yang tidak dilepaskan kelab masing-masing bagi menyertai skuad Bawah 23 negara menghadapi Kejuaraan AFF B-22 2019 memberi tamparan negatif kepada persiapan pasukan.