Ketua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), perlu berani keluar dari zon selesa untuk berinovasi, bagi berdepan cabaran menjalankan tugas seharian, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata sikap terlalu selesa bekerja dalam kepompong kebiasaan, tidak membantu dalam melonjakkan produktiviti perkhidmatan kerajaan, memandangkan terdapat 54 jabatan dan agensi di bawah JPM.
"Amalan kerja secara silo perlu dipisahkan dari pemikiran, kerana boleh menjadi kekangan kepada jabatan dan agensi JPM daripada berinovasi, apabila berdepan cabaran bekerja dalam situasi melibatkan banyak agensi lain," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM (HIK 2019) di sini hari ini, Fuziah berkata kekangan seperti 'tugas itu bidang kuasa orang lain' boleh diatasi melalui inovasi atau sikap terbuka bekerjasama antara satu sama lain.
Inovasi, katanya tidak hanya dizahirkan melalui pendekatan dan penemuan baharu dalam bidang teknologi sahaja tetapi boleh juga bentuk pembaharuan atau penambahbaikan sesuatu proses untuk menyelesaikan kerumitan atau masalah.
Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinobatkan sebagai Jabatan Paling Inovatif Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2019, manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima Anugerah Perdana JPM dengan kedua-duanya membawa pulang piala pusingan beserta sijil.
Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri yang bertemakan Membudaya Inovasi, Mendaya Produktiviti, diberi sebagai pengiktirafan kepada jabatan dan agensi di JPM yang berjaya menghasilkan produk inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ismail Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 31 2019
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (tengah) melawat ruang pameran pada Majlis Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Movenpick, KLIA hari ini. - Foto BERNAMA
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
60.65 tan makanan dan minuman diselamatkan menerusi MySaveFood@Ramadan 2024 - KPDN
Pelaksanaan Program MySaveFood@Ramadan 2024 selama 26 hari di 139 bazar Ramadan berjaya menyelamatkan sebanyak 60.65 tan makanan dan minuman bernilai RM724,770.
Lebih 2,000 penguat kuasa KPDN digerakkan pantau harga
Sebanyak 2,200 penguat kuasa dan hampir 1,000 pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan digerakkan setiap hari di seluruh negara.
33,000 kg makanan, minuman bernilai RM416,000 diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara
Kempen itu digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa daripada IPT.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
8.1 tan makanan bazar Ramadan seluruh negara diselamatkan menerusi program MySaveFood - Fuziah
Sebanyak 8.1 tan metrik makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM116,000 berjaya diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood dalam tempoh enam hari puasa tahun ini.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan
Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan SST diingat jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Kartel makanan ayam: Pengkhianatan tertinggi, sukarkan kawalan harga - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023.