Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengecam tindakan kenyataan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP yang memperlekehkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Saya tidak tahu polisi main Negaraku sebelum filem bermula di pawagam satu perkara yang menyusahkan dan “an absolute disgrace n ridiculous".

"Maybe it is you that is an ‘absolute disgrace n ridiculous’ Mr Chong,” tulis Khairy di akaun Facebook beliau.

Setakat ini, status berkenaan menerima 1,215 komen yang secara amnya bersependapat dengan Khairy.

“Apabila pertama sekali saya mendengar Negaraku dimainkan di pawagam, ia mengingatkan saya pada tanggungjawab di sekolah. Kita menyanyi lagu ini di sekolah dulu kan? Kenapa perlu berhenti sekarang,” tulis Lye Michie.

Kalai Vani bertanya adakah ia menyusahkan kerana ia memerlukan lima hingga sepuluh minit untuk berdiri (dan menyanyi lagu Negaraku).

“Berapa kali kita menyanyi lagu Negaraku selepas meninggalkan sekolah? Pasti tiada kan,” tambah beliau.

“Baru-baru ini saya dan anak menonton wayang di panggung TGV KLCC. Kami semua bangun apabila lagu Negaraku dimainkan. Tiada yang ketawa. Orang putih pun berdiri. Malah kagum dengan seorang ibu di barisan depan yang membetulkan anak perempuannya supaya berdiri tegak,” kongsi Melati Arief.

Status Chong, antara lain, menyebut "Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?"

Chong Chieng Jen