Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didenda RM2,900 atau tiga bulan penjara selepas didapati bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Klang, Mohd Hairuddin Ab Rahim dalam penghakimannya berkata mahkamah berpuas hati dengan segala hujah yang diberi dan telah mempertimbangkan alasan kedua-dua pihak

Khalid sebelum ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.

Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap beliau.